Wednesday, June 26, 2013
Thursday, June 13, 2013
Blogger Haram?
Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.
"Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak
Berita lanjut klik Di sini
Tahniah Dato Seri Najib! Blogger Hantu memang wajar di kenakan tindakan keras! Kebebasan bersuara harus di kekalkan, dalam masa yang sama penyebar dakyah negatif harus di kekang demi kestabilan sosio - politik negara.
Adios!
BP
Friday, June 7, 2013
Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh - 4 disahkan meninggal dunia
Runtuhan Di Kawasan Kejadian. Sumber Berita Harian |
GEORGETOWN: Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, petang tadi.
Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter.
Sehingga jam 11 malam seramai 48 anggota termasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan S&R ( Search & Rescue). Sumber
Terdahulu, satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu.
Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan awam yang melalui kawasan berdekatan.
Sumber: Berita Harian & Kosmo
Thursday, June 6, 2013
Tuesday, June 4, 2013
Al - Fatihah - Seniman S Shamsudin Meninggal Dunia
Menurut sumber Astro Awani, seniman S Shamsudin telah meninggal dunia pagi tadi di Singapura.
Allahyarham yang terkenal di masa kegemilangan Jalan Ampas membintangi sequence filem komedi allahyarham P.Ramlee.
Filem filem seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok & Pendekar Bujang Lapok evergreen di hati kita semua.
Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas...
AL-FATIHAH.....Semoga rohnya di cucuri rahmat.
BP
Subscribe to:
Posts (Atom)