Thursday, March 28, 2013

Asas Fotografi; Aperture


Dalam dunia optik, elemen yang paling penting dalam proses pengimejan ialah cahaya. Cahaya tau, bukan brand (nikon, canon, samsung...) slr mahupun series slr (D90, D700,D300s, 60D, 5D mark III...). So pada yang ada slr tue, belek2 la dialer yang ada kat slr korang.. pastinya korang akan jumpa mode2 dialer untuk membantu korang ambil gambar.. antara mode yang paling popular bagi pengguna baru slr ialah mode A = auto.. xpayah nak setting, point and shoot je.. ye tak? tapi, harap2 lepas baca info BP nak share nie, korang akan mula nak try mode2 lain - Av - Aperture Priority Shooting, Tv - Shutter Speed Priority atau M - Manual

Aperture (f-n)

Ilustrasi bukaan cahaya 
Aperture secara amnya ialah size bukaan cahaya dalam pengimejan gambar. Di ukur dengan nilai f - f2, f3.5, f4. f8....f22, ketepatan sesuatu imej boleh di kawal dengan memahami setting 'manual' yang bersesuaian untuk imej yang ingin kita ambil. Dalam ilustrasi yang BP tampal, kita boleh tengok lebih besar nilai f menunjukkan bukaan cahaya yang lebih kecil dan begitu juga sebaliknya. Secara amnya, aperture ni bergantung kepada keupayaan sesebuah lense tersebut untuk mencapai nilai bukaan yang paling besar. Kebiasaannya, 'kit lense' slr peringkat permulaan dan pertengahan menawarkan bukaan paling tinggi pada f3.5-f5.6. Pada bukaan cahaya yang paling besar bagi sesebuah lense, lense akan memfokus pada imej sehingga terjadinya seni 'bokeh' pada sesuatu gambar. Xpecaya, cuba buat? hehe...
Aperture - f 5.0

Sekian dulu buat masa ini.. nanti BP sambung asas fotografi di entry akan datang.. sharing is caring.. daaa...

LIKE my page di facebook yea.. 







Adios! Salam....


Bobby Pian (BP)

Wednesday, March 27, 2013

Wordless #8

Wednesday, March 20, 2013

Wordless #7

Tuesday, March 19, 2013

Khidmat Jurugambar Sambilan - Kawasan Lembah Klang

Majlis Pertunangan - Kulim, Kedah


Buat semua pembaca blog, sperti yang BP war-warkan di post yang lalu BP akan menawarkan khidmat fotografi sambilan. Khidmat jurugambar amatur macam BP ni murah jer. So bolehlah email BP di bjc9763@gmail.com untuk penawaran harga. Apa yang BP tawarkan? Ini dia:

Pakej fotografi secara ‘shoot & burn'

Maksudnya?

BP akan ‘ketipkan’ gambar korang sepanjang sesi majlis yang ditugaskan kepada BP secara ‘unlimited shot’ dan BP akan ‘burn’ dalam CD. Gambar-gambar yang BP tangkap hanya akan melalui process ‘minor editing’ seperti ‘crop’ dan ‘iso adjustment'

Kenapa ‘shoot & burn’?
Sebagai jurufoto amatur, BP menawarkan khidmat fotografi yang ‘ekonomi’ untuk ‘potential client’ yang mementingkan budget. Dengan soft copy yang BP akan bekalkan, client bolehlah buat photobook ke, frame ke,edit ke. Lagipun, photobook dah boleh buat online. Ye tak?

Burn dalam DVD
Kebiasaanya, sebuah majlis pernikahan boleh menghasilkan 50-100 shot gambar, manakala sesebuah majlis resepsi akan menghasilkan 100-150 keping gambar. Semua bergantung kepada durasi sesebuah majlis dan permintaan tuan punya badan.. hehee.. So semua gambar BP akan burn dalam DVD, then u all boleh la pilih gambar-gambar yang sesuai ikot selera u all.. nak cuci ke, nak edit ke, nak buat photobook ke semua terpulang kepada tuan punya gambar. Hehehe!

Apa yang BP akan berikan dalam pakej ni?
Seperti di atas, BP akan shot gambar kenangan korang dan burn dalam DVD. BP akan bekalkan 3 CD softcopy. Untuk salinan lebih dari 3, BP kenakan harga RM 5/DVD dan boleh dibincangkan sekiranya jumlah yang besar.

Apa majlis yang BP ‘cover’?
a) Majlis pertunangan, Majlis pernikahan atau Majlis Persandingan dan Resepsi
b) Majlis bercukur jambul, Majlis berkhatam Al Quran atau Majlis Berkhatan
c) Majlis Harijadi, Majlis Makan Malam (Korporat) dan sebagainya
d) Majlis konvokesyen – smart reader, Qdees, IPTA/S dan sebagainya

Medium Perhubungan?

Kepada yang berminat, boleh email dulu kepada BP di bjc9763@gmail.com . Insyallah, BP akan reply. Untuk yang berminat nak tengok hasil kerja BP yang terdahulu, click like Bobby Photography di facebook. Insyallah, BP akan update yang termampu.. hehe

So apa lagi, email BP di bjc9763@gmail.com untuk maklumat lanjut. 

Untuk reply yang lebih cepat, nyatakan maklumat awal majlis seperti:
a) Tarikh (Tentatif) majlis akan diadakan?
b) Tema Majlis?
c) Lokasi majlis di adakan?


Bobby Photography
Sila2 lah lawati dan like page Bobby Photography di FB.. ataupun Search Bobby Photography...

Adios



Blogbuster Campaign - by Nuffnang