1. Ramai yang menggangap bidang fotografi bidang yang senang dan menghiburkan. Tetapi, tanpa kesungguhan dan minat untuk mendalami sudut teknikal dan penataan seni sesuatu gambar kegagalan bakal menanti seseorang jurugambar.
2. Ramai yang skeptical apabila saya menjawab “saya seorang jurugambar”. Terus ada orang bertanya, “jurugambar perkahwinan ke?’ sambil senyuman meleret di lontarkan. Kenapa? Kerana jurufoto perkahwinan adalah bidang yang senang untuk diceburi? Atau tak perlu belajar teknik fotografi seseorang itu sudah boleh menjadi seorang jurugambar perkahwinan? Perkara ini akan saya ulas di posting akan datang.
3.Seorang jurugambar sambilan “freelancer” dan jurugambar sepenuh masa mempunyai kelas mereka yang tersendiri. Para jurufoto secara amnya dinilai melalui sudut kretiviti masing2. Pada dasarnya, kemahiran mereka saya boleh katakan setaraf, cuma komitmen mereka kerja mereka berbeza.
4. Rata-rata pakej jurufoto sambilan lebih murah jika dibandingkan penawaran jurufoto sepenuh masa. Ini fakta. Sebagai jurufoto sambilan, penawaran yang diberikan lebih sedikit daripada apa yang boleh ditawarkan oleh jurufoto sepenuh. Tetapi ini tak boleh dijadikan kayu ukuran kalau membincangkan kepuasan pelanggan masing-masing. Yang penting, kedua-dua belah pihak puas hati sebelum,semasa,dan selepas kerja (job) di lakukan.
5. Saja je BP update posting berkenaan jurufoto sambilan kerana BP ada menawarkan khidmat jurugambar sambilan (freelance). Hehe!!
6. Detail penawaran BP dah updatekan di sini
Harga berpatutan, servis memuaskan! hehe..