Aperture (f-n)
![]() |
| Ilustrasi bukaan cahaya |
![]() |
| Aperture - f 5.0 |
![]() |
| Ilustrasi bukaan cahaya |
![]() |
| Aperture - f 5.0 |
Salam Blogger
Digital single-lens reflex cameras (DSLR) antara gadget kegilaan masa kini di samping handphone, notebook mahupun permainan video. Mempunyai pegikut yang tersendiri, teknologi digital slr nyata telah menggamit lebih ramai peggemar berbanding waktu hanya Filem SLR yang ada di pasaran. yealah, dengan dslr leh main petik je kan? tak suka boleh 'delete'. Kalau filem, kena cuci. Tak jadi, kena buang..rugi! heheh
Nikon, Canon, Sony Alpha antara model mampu milik oleh orang-orang kebanyakkan seperti BP. Namun, dalam memiliki DSLR banyak 'kira-kira' yang BP dah lakukan. So, kalau senang bacalah tip-tip yang BP senaraikan di bawah untuk mencari model yang sesuai
Budget
Ini adalah antara ciri-ciri yang pertama harus di pertikaikan. Dengan lambakan dslr di pasaran, penetapan budget antara penentu utama dalam membuat pilihan. So kalau yang baru berjinak-jinak dalam fotografi cam BP ni, bolehla beli model 'beginner'. Yealah modal pun tak besar sangat. Untuk yang baru-baru ni bolehlah 'usyar-usyar' model-model 'secondhand' di website mudah.my atau forum-forum para jurufoto tegar macam shasinki.com atau photomalaysia.com. Kalau tak silap, model 'beginner' ni boleh di miliki di dalam lingkungan RM 1500 - RM 2500 jer. Kalau berkemampuan, silakanlah beli model-model yang baru. Tapi jangan komen 'Eh kenapa gambar aku tangkap asyik gelap ah? nak kena tukar dslr baru ni..' padahal, setting exposure ke laut dalammm... hehehe
Brand
Ada orang kata Nikon bagus, BP lak kata Canon bagus, masuk mat labu (kawan BP) kata Sony Alpha lagi bagus! Eh mana satu nie? Kalau tanya BP, suma model bagus. Terpulang pada penggendali tu sendirik. Get knowing your dslr, be a good photographer. Its always about man rather than machine. :) Cuma nasihat BP, belilah model yang sama dengan kawan-kawan. Senang nak belajar, senang nak tukar-tukar lens. hehehe Sebab fotografi ni kalau sorang-sorang belajar, sumpah boring! heheh
Aksesori
Penah tak pegi jalan-jalan tengok-tengok barang dslr, si penjual akan seboleh-bolehnya mempromosikan barang-barang kamera yang dia jual? Kejap suh beli flash lah, kejap tunjuk tripodlah, kejap suh beli filter la padahal kita tanya dslr jer? Ni semua hanya aksesori tambahan bagi sesebuah dslr.Pada asasnya, setelah membeli sebuah dslr yang bagus, kita akan ada body slr itu sendiri bersama dengan 'kit-lens'. Kit-lens ni bergantung kepada model lah, ada yang bagi 18-55mm, ada yang 18-135mm, ada yang 18-105mm dan sebagainya. Boleh di katakan semua dslr zaman sekarang ni mempunyai 'build-in flash'. So tiga komponen utama ni memadai untuk kita mengambil gambar yang bagus. Aksesori seperti flash dan tripod boleh dipertimbangkan bergantung kepada penggunaan kita sendiri. Tapi BP galakkan beli filter dan flash dulu sebelum tripod. Filter penting untuk menjaga lens kita dari habuk dan calar, flash external pulak perlu untuk pengcahayaan gambar yang lebih cun dan 'build-in' flash selalunya kurang 'bertenaga' especially nak amik gambar 'indoor'.
Tip-tip ini hanyalah pandangan BP dalam 'sebulan' jagung BP mengendalikan dslr milik BP. Terima kasih sudi membaca tampalan ini, segala komen tambahan sangat-sangat dialu-alukan..
Pada 7/4/2012, aku berkesempatan menghadiri kursus asas fotografi di bawah kelolaan master Kamarul Akhir (KA) bertempat di Millenium Square, PJ. Kamera DSLR dah beli, so kenala pandai pakai ye tak? kalau tak nanti, gambar 'blur' xpasai2 marahkan kamera! hehehe..
Kursus ni merangkumi silibus asas dalam fotografi seperti kawalan 'exposure' dan penggunaan mode asas seperti 'Aperture Priority (Av)', 'Shutter Speed Priority (Tv)' dan 'Mode Manual(M)' sepenuhnya. Jangan lak korang nampak Av,Tv kat kamera korang ingat function nak sama macam kat televisyen lak yea? ehehehehehe...
So overall kursus 5 jam bagaikan tidak cukup apabila dapat belajar dan berkongsi pengalaman orang berpengalaman seperti master KA ni. So kepada para 'canonian', berita baik buat anda semua kerana master(KA)salah seorang instructor di EOS ACADEMY. so kalau nak p jangan lupa ajak, pasal aku pun belom register ahli lagik! hehehehe..
Pape pun let me share few shots on that day, yang aku ambik dengan penuh rasa 'profesional'nya! hahahah!!
Adios! :) BP