Check Out Aston Braga Hotel & Residence |
Salam Semua,
Ni merupakan post terakhir untuk episod travelog BP di Bandung. Sedih memang sedih, tapi kami lebih merindui tanahair kami MALAYSIA! hehehe So seawal jam 9 pagi kami dah ready for check out. Before that BP sharekan picture kota Bandung dari sudut tingkat hotel kami menginap..
Pak Supir sampai je kami mulalah adjust barang nak masuk ke dalam van. fuhh, lebih mencabar daripada hari kami sampai dulu. maklumlah, hasil tangkapan banyak.. hihihi...
So di sebabkan last day, memang kami rancang untuk pergi satu tempat utama sahaja pada hari ni. Kira nasib2 la, kalau ada yang berkenan beli je terus. So BP decidekan ahli2 rombongan semua kami akan ke Jalan Chihampelas pada hari akhir nie. Before ke Chihampelas, kami singgah ke Pasar Baru untuk mengambil baju yang ahli rombongan tempah tempoh hari..
Adoi, Mrs BP sempat lagi dia beli kain kan? haha.. so lepas last kopek shopping di Pasar Baru, kami makan tengahri. Kasi makan puas2, lepas nie tak tau bila nak datang lagi ke sini ye tak? hehe.. So di sebabkan Nasi Padang memang sesuai sangat dengan tekak kami, sekali lagi kami makan nasi padang. hurmm.. yummy...
Selesai menyangtap, kami menuju ke Jalan Chihampelas.. Lebih kurang macam Jalan Chilambileut, Sepanjang jalan ni penuh dengan gerai2 menawarkan busana2 seperti jeans, kain baju kurung, tshirt dan macam2 lagila..
Salah satu trend di sini yang BP nampak, diorang menarik perhatin pelanggan dengan billboard yang meletop2.. mcm gambar kat atas nie, korang bayangkan lah.. Batman pun terlibat! hehehe...
Tapi yang ni Bapak Mertua BP paling suka. Banyak2 kedai,kat kiosk orang jual 'senapang' jugak dia berenti! takut gak BP, rupanya senapang mainan.. tapi memang 80% kelihatan BENER pak! hehehe
So penat berjalan, pak supir pun hantarlah kami ke airport. macam nak peluk je pak supir nie, memang banyak membantu kami sepanjang di sana. So sementara tunggu waktu penerbangan, minum kopi bandung dulu yea!!
Tibalah masanya kami mengucapkan sayonara kepada Kota Bandung.. Insyallah, ada masa kami datang lagik yea. Bubbyeee
Adios!
BP
Klik link di bawah untuk entry-entry berkenaan Bandung Gateway...
1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 4
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTeruskan berkarya ya bobbypian. Memang sarat dengan info yang boleh dijadikan panduan.
Kalau tidak keberatan mohon bobbypian berikan no. telefon@emel supirnya. Kami bercadang untuk bawa family juga ke. Bandung Jun nanti. Terima kasih.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTeruskan berkarya ya bobbypian. Memang sarat dengan info yang boleh dijadikan panduan.
Kalau tidak keberatan mohon bobbypian berikan no. telefon@emel supirnya. Kami bercadang untuk bawa family juga ke. Bandung Jun nanti. Terima kasih.
Terima Kasih sudi tinggalkan jejak di blog BP yg xseberapa nie.. hehe boleh email BP di bjc9763@gmail.com..nanti BP sharekan... thanks yea
Delete