Thursday, June 14, 2012

Bayi 6 Bulan Meninggal di Pusat Asuhan di Jenderam Hulu, Bandar Baru Salak Tinggi

Kuala Lumpur - Ali Imran Mohd Noordin, wartawan Meja Rencana Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini membuat laporan polis di Hospital Serdang berikutan kematian anak lelakinya yang berusia enam bulan di sebuah pusat asuhan di Jenderam Hulu, Bandar Baru Salak Tinggi.

Ali Imran, 30, berkata anaknya, Aryaan Hafizh, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang semalam di Hospital Serdang.

Beliau berkata sebelum itu, pekerja pusat asuhan berkenaan membawa anaknya ke klinik berdekatan setelah mendapati bayi tersebut lemah.

"Saya diberitahu mengenai perkara itu ketika di pejabat. Selepas tiba di klinik, saya bergegas membawa anak saya ke Hospital Serdang tetapi Aryaan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

"Setakat ini, punca kematian belum dikenal pasti, dan bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Ali Imran berkata beliau dan isteri, Norlaili Lott, 33, berharap polis dapat menjalankan siasatan berhubung kematian anaknya itu.

- Bernama

Berikut update dari Saudara Ali Imran di laman facebook beliau:

" Salam,

Terima Kasih atas semua ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada sahabat sekalian.

Ada yang datang dari jauh dan dekat, ada yang menelefon, ada yang sms, whatsapp, fb dan lain-lain.Itu semua menguatkan lagi semangat kami

Kami menerima dengan redha pemergian putera sulung kami, Aryaan Hafizh yang hanya sempat bersama selama 6 bulan 10 hari.

"

BP: Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Aryaan Hafizh. Kepada sahabatku Ali Imran, semoga anda dan isteri lebih tabah menghadapi ujianNya. Amin.

1 comment:

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang