Wednesday, June 20, 2012

KEMBARA MOGM 3 Negeri (Selangor-Negeri Sembilan-Pahang)


Hari Ahad lalu, 17 June 2012, BP berpeluang menyertai KEMBARA MOGM 3 Negeri (Selangor-Negeri Sembilan-Pahang)anjuran Mini Owner Group Malaysia (MOGM). Di sertai lebih kurang 30 buah kenderaan dari Lembah Klang, ekpedisi sejauh lebih kurang 190 KM ini mengambil masa lebih kurang 4 jam.


'Flashback' zaman kegemilangan Austin Mini, kereta mini berkuasa besar ni dikeluarkan oleh British Motor Corporation (BMC)
(1959-2000). Pada mulanya MINI telah dipasarkan di bawah nama-nama Austin dan Morris, sebagai 'The Austin Seven dan Morris Mini Minor', sehingga hak cipta MINI diperolehi pada tahun 1969.
MINI sekali lagi dipasarkan di bawah nama Austin pada tahun 1980-an.Antara versi pengeluaran yang menguasai jalan raya di London pada ketika era 60' hingga kini adalah Mark I Mini (1959–1967), Mark II Mini (1967–1970). Selain model kereta penumpang, terdapat juga model Austin Mini yang 'rare' seperti Morris Mini Traveller and Austin Mini Countryman (1961–1969), Mini Van (1960–1982), Mini Moke (1964–1989), Mini Pick-up (1961–1982), Morris Mini K (March 1969 – August 1971, Australia only) dan model khas untuk rally ; Mini Cooper and Cooper S: (1961–2000)
Berbalik kepada KEMBARA MOGM 3 Negeri (Selangor-Negeri Sembilan-Pahang), satu pengalaman baru bagi BP kerana berpeluang melihat puluhan Kereta Mini pelbagai model. Melihat MINI yang dijaga rapi dan masih 'segak' berderum di jalan raya sehingga BP terlupa kenderaan-kenderaan ini telah berumur lebih sepuluh tahun dari tarikh pengeluarannya!
Bertemakan santai, jadual XPDC bermula seawal jam 7 pagi.Kumpulan pertama dari Kuala Lumpur berkumpul di Ampang Point, Ampang dan kemudian ‘regroup’ di Batu 18, Hulu Langat untuk kumpulan kedua yang datang dari Selangor. Laluan ekpedisi kali ini melalui Hulu Langat – Kuala Klawang – Karak – Bentong dan checkpoint akhir di Air Terjun Chamang, Bentong.

Pit pertama – Kuala Klawang - Kami Berhenti untuk sarapan pagi




Stesen pit kedua – Pekan Karak - Makan Tengahari






Checkpoint akhir - Air Terjun Chamang - Mandi manda!! yeah!




Satu riadah buat pemilik Kereta Mini di samping mempromosikan sukan permotoran antik di Malaysia. Buat pemilik kenderaan mini yang ingin menyertai aktiviti-aktiviti MOGM akan datang, silalah jengok-jengok page MOGM di sini. Di samping bertukar-tukar ‘contact’, banyak info penjagaan dan penyelengaraan kereta mini di sediakan di sana.
Anyway, terima kasih buat MOGM atas kesempatan yang di beri. Insyallah, next time BP join lagik. Hehe..
Adios! :)
BP
Sumber info: Wikipedia
Sumber Gambar: BP

Blogbuster Campaign - by Nuffnang