Thursday, March 28, 2013

Asas Fotografi; Aperture


Dalam dunia optik, elemen yang paling penting dalam proses pengimejan ialah cahaya. Cahaya tau, bukan brand (nikon, canon, samsung...) slr mahupun series slr (D90, D700,D300s, 60D, 5D mark III...). So pada yang ada slr tue, belek2 la dialer yang ada kat slr korang.. pastinya korang akan jumpa mode2 dialer untuk membantu korang ambil gambar.. antara mode yang paling popular bagi pengguna baru slr ialah mode A = auto.. xpayah nak setting, point and shoot je.. ye tak? tapi, harap2 lepas baca info BP nak share nie, korang akan mula nak try mode2 lain - Av - Aperture Priority Shooting, Tv - Shutter Speed Priority atau M - Manual

Aperture (f-n)

Ilustrasi bukaan cahaya 
Aperture secara amnya ialah size bukaan cahaya dalam pengimejan gambar. Di ukur dengan nilai f - f2, f3.5, f4. f8....f22, ketepatan sesuatu imej boleh di kawal dengan memahami setting 'manual' yang bersesuaian untuk imej yang ingin kita ambil. Dalam ilustrasi yang BP tampal, kita boleh tengok lebih besar nilai f menunjukkan bukaan cahaya yang lebih kecil dan begitu juga sebaliknya. Secara amnya, aperture ni bergantung kepada keupayaan sesebuah lense tersebut untuk mencapai nilai bukaan yang paling besar. Kebiasaannya, 'kit lense' slr peringkat permulaan dan pertengahan menawarkan bukaan paling tinggi pada f3.5-f5.6. Pada bukaan cahaya yang paling besar bagi sesebuah lense, lense akan memfokus pada imej sehingga terjadinya seni 'bokeh' pada sesuatu gambar. Xpecaya, cuba buat? hehe...
Aperture - f 5.0

Sekian dulu buat masa ini.. nanti BP sambung asas fotografi di entry akan datang.. sharing is caring.. daaa...

LIKE my page di facebook yea.. 







Adios! Salam....


Bobby Pian (BP)

Blogbuster Campaign - by Nuffnang