Tuesday, April 23, 2013
Friday, June 15, 2012
Sultan Johor Murka - Cakap Siang Pandang-Pandang, Cakap Malam Dengar-dengar

NUSAJAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.
Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”
“Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?
“Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.
“Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati,” titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

“Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.
“Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.
"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
“Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini,” titahnya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.
Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.
"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.
Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.
Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.
Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.
"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya.
Sumber Sinar.com.my dan matkilaupenangMy Fear - Tun M

1) Lim Kit Siang is reported to have said that I am working hard to ensure the Opposition will not win because I am afraid when the Opposition Government is in place, it will act against all my “misdeeds” when I was Prime Minister.
2) No doubt he is inspired by what happened to Gadaffi and Mubarak. He would love to see me dragged to the courts and sentenced to death or to at least a life sentence. Maybe like Gadaffi I would be murdered.
3) He is right. I am afraid. I am afraid of the kind of abuse of power that has already been shown by one of Pakatan’s great leader who got a senior police officer to frighten Dr Ristina and Ummi Hafilda into withdrawing Ummi’s letter to me.
4) I am afraid of the fabrication of charges so as to put me behind bars. That I am innocent would be irrelevant. What is important is Kit Siang’s satisfaction at seeing me behind bars and more.
5) Other than this I am not afraid. I had always been careful not to abuse the power I had as PM because I was mindful of having to step down and lose power at some stage. If I had abused power my detractors would gleefully expose me and strive to put me behind bars.
6) In fact this has been tried.
7) Since retiring I have been questioned by the police and the AG’s office several times. I was also made to appear before a tribunal to be questioned by all and sundry, including representatives of the Bar Council.
8) So far nothing could be pinned on me.
9) The anti-corruption people can even now investigate whether I have ever received illegal gratifications, whether I have detained or thrown people into jail for personal reasons, whether I benefitted personally from any of the projects carried out during my time.
10) I have not taken anything that is not mine. In fact all gifts given to me, many very valuable, have been given to the Government including a score of expensive cars. They can be seen in Langkawi or at the old PM’s house in KL. I must admit that I ate some of the fruits given me to prevent them from going bad.
11) I had not allowed my children to do business with the Government or to be candidates in elections though they have been offered several times when I was PM and President of Umno. Only after I stepped down did I allow Mukhriz to contest.
12) Whatever money I now have is from savings during 29 years in the Government. My salaries were not big. But the Government took care of my housing, water and electricity, my travels. I don’t even spend much on food as I get invitations to functions like weddings etc.
13) I was therefore able to save my pay and allowances.
14) Except for Mirzan, my children did not get any scholarships. I believe Mirzan paid back what he owed MARA. He had the scholarship before I became a Minister, in fact when I was expelled from UMNO.
15) I have bought or been given no shares except for 200 Malayan Tobacco shares I bought long before I joined the Government. Other shares are the Unit Trusts issued by PNB and State Governments which I was obliged to buy. I own shares in MICO pharmacy in Alor Star which I set up when I was a private practitioner.
16) I am not interested in getting rich or living a life of luxury. What I have now is far more than I had hoped for when I was dreaming as a student. I am grateful to Allah for what I have and for sparing me to live this long.
17) I am ready to go when my time comes. I am conscious that all that I have will not accompany me to the grave.
18) But for as long as I can I will work hard to prevent evil people and crooks from destroying this country that I love.
sumber: chedet.cc
Tuesday, May 22, 2012
Bersih 4.0 Pulak, Kali Ni Depan Umah Ambiga ! hehehe



20/5/2012 telah berlangsung satu perhimpunan aman BERSIH 4.0 yg telah dianjurkan Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pengerusi Majlis Bertindaknya, Datuk Jamal Yunus berkata, dalam tindak balas terhadap penganjuran perhimpunan haram oleh Ambiga dan pembangkang sebelum ini, pihaknya bercadang menjadikan kawasan kediaman Ambiga di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, sebagai tapak kekal pasar malam. "Kami bukan peguam, kami cuma peniaga. Jadi kami melihat berniaga di depan rumah beliau adalah satu peluang perniagaan," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Bersih 4.0 di Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.
So kita tunggu jelah permohonan mereka diluluskan atau tidak. khabarnya permohonan kepada pihak DBKL akan dihantar pagi ini. For Ambiga, take it positif, senang nak beli makanan, 2 hari pasar malam depan rumah tu! hehe. Kan aku dah bagitau dulu, guna saluran yang betul... ye tak? :)
Sumber Berita: Utusan Malaysia dan sinar harian Sumber Gambar: mykmuYeke!
Monday, May 21, 2012
Pengasas Facebook Berkahwin - Mark Zuckerberg
SAN FRANCISCO – Selepas sembilan tahun bercinta, ketua pegawai eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg akhirnya mengahwini teman wanitanya yang dikenali lebih sembilan tahun, Priscilla Chan, semalam.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di laman belakang rumah Zuckerberg di Palo Alto, California, dan dihadiri kurang daripada 100 tetamu
Berita Lanjut di sini
Comment BP: Kaya-kaya pun dia, tetap buat kat umah jer.. so bayangkanlah.. :)
Friday, May 11, 2012
Kawasan Parkir Mid Valley Jammed! Pampers punya pasal!
Berada di tempat dan waktu yang salah. Adoi, tak pasal-pasal sangkut di kawasan parkir pusat beli belah Mid Valley Megamall.
Antara sebab musabab dipercayai kerana Expo Barangan Penjagaan Bayi sedang berlangsung di Mid Valley sehingga 13 May 2012.
Orang duk tolak stroller baby sini sana beb! So buat yang berkesempatan,bolehlah singgah.
* Lampin Pakai Buang murah kot,pasal BP duk tengok ramai orang usung kat kawasan parkir ni. Hahahaha!
Adios! :)
BP
Friday, April 27, 2012
Sijil Halal - Hanya JAKIM Boleh Mengesahkan
Sedar atau tidak, hanya segelintir dari kita yang menitik-beratkan status halal kedai2 makan yang banyak terdapat di pusat membeli-belah di KL ni.
Macam logo halal di atas, ternyata meragukan. Logo halal di malaysia hanya akan di keluarkan oleh pihak JAKIM dan bukannya 'MALAYSIA' seperti tertera di dalam logo ini. Jangan terpedaya dengan ejaan jawi halal. Setakat jawi, pemahat batu nesan berbangsa cina di pekan kuala selangor pun boleh buat... :)
Gambar di atas baru saya ambil di DEPAN sebuah premis nasi ayam popular di dalam pusat beli belah subang parade,subang jaya,selangor.
So buat pedoman,pikir2kanlah.. :)
Adios! :)
BP
Tuesday, April 24, 2012
SMARTTAG ke SEMAK-TAG
Gambar di atas,lazim kita lihat berhampiran plaza2 tol di Malaysia tercinta ini.. Di sediakan untuk perkhidmatan pembayaran yang lebih lancar dan efektif.
Namun,kadangkala lebih menyusahkan!
Bayangkan, beli alat SMARTTAG tu dah RM120.00, beli topup TouchNGo kurang2 RM30.00, tapi stuck jugak kat lorong SMARTTAG. Kena rebes2 lagik,hon2 panggil pegawai tol yang bertugas. Lebih lama downtime berbanding laluan tunai..Ape Celop Brooooo! Ape Celop Brooooo! Ape Celop Brooooo!!!!
Bertimbang rasalah semasa memandu,anda mampu mengubahnya!!!! :)
Adios! :)
BP