Thursday, May 31, 2012

Bersih 3.0: Nonviolent Revolution - Gene Sharp

Name: Dr Gene Sharp

Born: (1928-01-28) January 28, 1928

Citizenship: American

Influences Mohandas K. Gandhi, Henry David Thoreau

Author of Nonviolent Revolution Rulebook





Di atas adalah wajah orang yang bertanggungjawab secara tidak langsung dalam menggulingkan kerajaan di negara-negara timur tengah. Melalui bukunya yang bertajuk The Politics of Nonviolent Action, Vol. 2: The Methods of Nonviolent Action, Sharp ada menggariskan 198 'senjata' untuk memenangi sebuah revolusi. Bacaan penuh di sini Berbekalkan senjata utamanya "DEMONSTRASI", beliau menggariskan cara untuk berdemo demi menggulingkan sesebuah kerajaan.Diberitakan, puluhan salinan risalah 198 cara bagi Nonviolent Resistance di edarkan kepada belia-belia di Mesir sepanjang tempoh proses pemberontakan dan penggulingan kuasa. Berselindung dengan tulisan arab, para belia di pergunakan dalam penjajahan bentuk idealogi yang digagaskan oleh Gene Sharp ini.


Berbalik kepada, Siapa Gene Sharp? Seperti biodata di atas, beliau seorang "american with a Jewish Connection". Bersama-sama Peter Ackerman, beliau mengasaskan sebuah yayasan - Albert Einstein Institution (1983); sebuah pertubuhan bukan keuntungan (NPO) bagi memajukan penggunaan 'Nonviolent Resistance'dalam konflik di seluruh dunia. Ternyata ia adalah satu lagi bentuk penjajahan idealogi oleh aktivis pro-yahudi dalam menjajah pemikiran umat Islam di seluruh di dunia.



Dalam usaha yang sama, sebuah pertubuhan dari Serbia menamakan diri mereka CANVAS (Centre for Applied Non Violence) telah mengembeling tenaga dalam merealisasikan teori Sharp di seluruh dunia

Mengulas temubual Ruaridh Arrow dalam artikelnya di BBC News, "When I met Srdja Popovic the director of CANVAS in Belgrade in November he confirmed that they had been working with Egyptians. "That's the power of Sharp's work and this non-violent struggle," he says. "It doesn't matter who you are - black, white, Muslim, Christian, gay, straight or oppressed minority - it's useable. If they study it, anybody can do this."


Menyorot Demo Bersih 3.0 yang berlangsung 28 April 2012, ternyata ideologi CANVAS dan Sharp diguna pakai dengan meluas sepanjang demo. Adakah tragedi di Mesir harus berlaku lagi, kali ini di Malaysia. Umpama satu trend, kebangkitan rakyat di api-apikan di semua negara yang pemerintahannya bertahan lama terutamanya negara-negara Islam. Hoesni Mubarak, Muammar Ghadafi sudah tumbang. Pandang parti memerintah, bukan pemerintah. Sorotan kembali kejadian Bersih 3.0 sepintas lalu dan perhatikan '198 Nonresistance Violance method' revolusi pemberontakkan 'ciptaan' Gene Sharp.


LCCT LCCT gazebo
Parades Delivering symbolic objects Rude gestures

LCCT LCCT gazebo
Symbolic posters Taunting officials Prayer and worship


Sekiranya benar, anasir subersif seperti ini harus di berikan perhatian oleh pihak berkuasa. Penjajahan alaf baru tidak perlu mengangkat senjata. Lebih banyak memainkan sentimen, provokasi dan permain persepsi. Demo Bersih 3.0 yang sepatutnya aman, telah bertukar ganas. Semoga pihak penganjur belajar dari kejadian lepas dan yang bersalah harus dikenakan hukuman setimpal..


Adios! :)
BP

Sumber Berita: BBC News dan Albert Einstein Foundation

Sumber Gambar: Flickr.com

Wednesday, May 30, 2012

Lagi Artis Sertai Politik - Kali Ini Amy Search sertai UMNO


Salam blogger,

Selepas Ustaz Bob Lokman, Ustazah Aisyah, Afdlin Shauki and geng sekarang giliran Amy (Search), Mus (May), Ibno Riza, Radhi (OAG) menyertai parti politik UMNO. Kesemua borang keahlian artis ini telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh dan ketiga-tiga mereka didaftarkan di bawah Cawangan Umno Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.

Mengulas tindakannya menyertai UMNO, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman mengulas "Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,"

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem. Kata Amy lagi "Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

BP: Jika niat tu bagus, apa salahnya..

Sumber berita KLpos dan sinar harian.

Adios! :)

BP


Pulau Langkawi Getaway - Part 3

Salam Blogger,

BP nak update posting Pulau Langkawi Getaway - Part 2 seperti yang dijanjikan.. hehee Setelah check out dari Makam Mahsuri, kami teruskan 'sesi lawatan' kami ke galeri perdana.


Galeri Perdana ni menempatkan cenderahati-cenderahati yang di terima oleh mantan PM kita, Tun Dr Mahathir dan isteri beliau Dr Siti Hasmah. Berkonsepkan muzium, BP memang terpegun sepanjang lawatan. Kalau tengokkan cenderahati-cenderahati di dalam galeri ni, BP dapat agak betapa tingginya perghargaan kepada Tun M ni.


So bagi BP, galeri perdana ni mmg wajib di lawati. At least kita boleh menilai kewibawaan seorang pemimpin dari penghargaan yang beliau terima sepanjang 22 tahun mengemudi Malaysia sehingga ke tahap sekarang.


LCCT LCCT gazebo on the move
-Tun M- -Loving Couple- -Galeri- -Made in Japan-

Yang ni dari bahagian automotif lak..


LCCT gazebo on the move
-beca but Tun- -Petronas Sauber F1- -Bomba dan Penyelamat-

paintings...


LCCT gazebo on the move
-Graduation of Tun M- -Jambatan Bengkok- -"Dari Tanjung Karang ke Putrajaya"-

Setelah lawatan tamat, perut pun lapar.. so dengan bantuan ahli rombongan yang biasa ke Langkawi, saya di perkenalkan warung makan di Kampung Nelayan. Makanan simple, tapi sedap... menu wajib, laksa.. pergh, BP makan 2 mangkuk seyh... hehee!!


So nikmati pemandangan sebelum aktiviti makan! hehe...

LCCT LCCT gazebo
-Kampung Nelayan- -Nelayan- -Pantai-

So sampai sini dulu lah rasanya, BP akan update hari kedua lawatan kami di Langkawi dalam posting akan datang.. nantikan Pulau Langkawi Getaway - Part 4 !

Adios! :)


BP>

Tuesday, May 29, 2012

Polis akan panggil penganjur Hindraf 2.0

Salam blogger,

ni apa nie? ooo, hindraf pulak buat demo.. pada 27 Mei 2012 Seramai 1,500 orang menghadiri perhimpunan yang bermula seawal jam 2.30 petang itu berakhir sekitar jam 6 petang bertempat di sekitar Jalan brickfirleds, Kuala Lumpur. tujuan demo untuk menyatakan sokongan terhadap PR dan DSAI yang tidak berbelah bahagi

Bp: Terkejut BP tengok 'abang' lam foto ni.. hhehehe..

Sumber: Polis akan panggil penganjur Hindraf 2.0 - Nasional - Sinar Harian

Bukan Semua Ibu Harus Dihormati

Salam Blogger,

Relaks, tajuk je panas..

Masa blogwalking tadik terjumpa la satu artikel dari blog SUARAPAKATANRAKYAT.COM. Si penulis berapi-rapi mempertahankan tindakan YB Azmin Ali dalam keingkaran beliau untuk bertemu ibu kandungnya sendiri.

Hanya satu tulisan bermotifkan politik, si penulis menolak darjat seorang ibu dalam menyatakan sokongannya terhadap YB Azmin Ali

Sudah2 la berkempen, ibu tetap ibu. Mohonlah maaf, sementara masih dipinjamkan waktu buat kita..

Berita lanjut di sini

BP: mari kita sama2 boikot mamat ni, suh dia delete post bekenaan dari blog suarapakatanrakyat.com!!

Blogbuster Campaign - by Nuffnang