Wednesday, May 30, 2012

Lagi Artis Sertai Politik - Kali Ini Amy Search sertai UMNO


Salam blogger,

Selepas Ustaz Bob Lokman, Ustazah Aisyah, Afdlin Shauki and geng sekarang giliran Amy (Search), Mus (May), Ibno Riza, Radhi (OAG) menyertai parti politik UMNO. Kesemua borang keahlian artis ini telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Pusat, Datuk Ab Rauf Yusoh dan ketiga-tiga mereka didaftarkan di bawah Cawangan Umno Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang.

Mengulas tindakannya menyertai UMNO, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman mengulas "Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya,"

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem. Kata Amy lagi "Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

BP: Jika niat tu bagus, apa salahnya..

Sumber berita KLpos dan sinar harian.

Adios! :)

BP


No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang