Tuesday, June 5, 2012

Pulau Langkawi Getaway - Part 4

Salam Blogger,

Menyambung post Pulau Langkawi Getaway - Part 3 , hari kedua selepas breakfast kami terus menyambung 'ekpedisi' kami hehehe...


Dataran Lang, Kuah

First tempat tujuan kami ialah Dataran Lang, sebab orang kata x sah kalau x p ke dataran lang ni yea x? Dataran Lang ni memamg terletak betul-betul bersebelahan dengan Jetty Kuah. So bagi yang datang Pulau Langkawi dengan jetty, nampak je Helang besau bermakna dah sampaila tu.. hehee

Kami sampai ke dataran lang, tak banyak gambar leh di ambil. sebab 'burung' helang sedang dalam proses baikpulih. so dapatla few shot secara 'bergegas-gegas'..hehee

LCCT gazebo on the move
-Side View- -Back view- -Panorama Dataran Lang-

Selepas Dataran Lang, kami terus menuju ke Kolam Air Hangat, salah satu tumpuan pegunjung yang nak merendam kaki di pulau lagenda ini.


Kompleks Telaga Air Hangat

Kompleks Air Panas hi Air Hangat Village dibuka setiap hari untuk para pegunjung dari 8 pagi hingga 11 malam. Para pengunjung boleh merendam kaki di telaga air panas yang di sediakan di dalam kompleks ini. Agak pelik bagi BP, keadaan kompleks sunyi sepi seolah2 kekurangan pegunjung. Mungkin beriadah di Haji Ismail Group (HIG) lebey menarik daripada beriadah di sini.. hehehe!!


Selain kolam air panas, para pengunjung boleh juga menikmati sauna di yang di sediakan di sini. Mandi sauna dan jacuzi ada bayaran tambahan, tapi mandi kat kolam air panas ni free jerr... so kami amik kesempatan rendam kaki jelah.. dalam rendam2 kaki tu, boleh lak mak BP sound, "eleh, kat Hulu Langat pun ada camnie.." adoi2, rasa cam nak balik jerk! Hehehehee!. Apa-apa pun mari kita jalan2 sekeliling kompleks air panas nie sambil melihat gambo2 yang BP sempat bidik...hehehe. Just for recommendation, tempat ni memang sesuai di lawati kalau ada kelapang di Pulau langkawi.


LCCT gazebo on the move
-Pelan Lokasi- -Sekitar Kompleks- -pondok berehat-

Al Kisah di zaman dahulu kala, pergaduhan antara dua gergasi telah berlaku . Tempat di mana tumpahnya air panas ketika gergasi itu berselisih menghasilkan telaga air panas yang wujud sehingga kini dan kampung tersebut di namakan Kampung Air Hangat; terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah. Dan di kawasan berdekatan satu tempat di namakan KISAP, iaitu tempat air panas tersebut dipercayai meresap dan hilang

So sambil melancong di Langkawi ni BP dapat mempelajari banyak cerita mitos berkenaan Pulau Langkawi ni. So pasni kalau orang asing tanya, tak lah kita terkebil2 menjawabnya yea tak?


LCCT gazebo on the move
-Hot Spring- -Mitos Telaga Air Panas- -Kolam Air Panas-

Tengok gambar paling kanan, gambar kolam air panas tu. Seronok diorang rendam kaki, dan abang Polis yang bertugas memang tak sombong. Sangat peramah dan tak kedekut informasi berkenaan Pulau Langkawi secara amnya. Chewahhh.. hehehe

So sesudah mandi, kami membeli belah sikit kat kedai cenderamata yang ada kat sini. Saja beli kat sini, sebab tengok harga yang di tawarkan lebih murah berbanding di pekan kuah. Lokasi seterusnya kami menaiki kereta kabel di Kaki Gunung Mat Chincang.. so tunggulah entry seterusnya Pulau Langkawi Getaway - Part 5

Adios! :)


BP


No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang