Friday, May 25, 2012
Update Bersih 4.0: 600 orang serbu rumah Ambiga ??
Kumpulan itu turut memohon Ambiga membayar ganti rugi dialami peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, berikutan perhimpunan BERSIH 2.0 pada tahun lalu dan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Kedua-dua kumpulan itu mewakili BERSIH 4.0 dan HALAU 1.0 berarak di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, bermula jam 4 petang menuju ke kediaman bekas Presiden Majlis Peguam itu untuk menyerahkan nota tuntutan mereka.
Sebelum itu, BERSIH 4.0 mengumumkan membatalkan hasrat membuka gerai di Jalan Setiakasih 1 berikutan tindakan polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup laluan berkenaan.
Penganjur BERSIH 4.0 yang juga Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga dan Penduduk Warga Kota (MBPPWK), Datuk Jamal Md Yunus, berkata nota tuntutan adalah untuk mendesak Ambiga memohon maaf secara terbuka, selain membayar kerugian dialami mereka.
Terdahulu, HALAU 1.0 yang disertai Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBGIM) turut menyerahkan tuntutan kepada Samad meminta Ambiga memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya menganjurkan perhimpunan yang menyusahkan rakyat selain mencetuskan huru-hara.
BP: Nampaknya Ambiga perlu belajar apa itu demonstrasi aman!
Sumber Berita: Berita Harian Online | 600 serbu rumah Ambiga
Tuesday, May 22, 2012
Bersih 4.0 Pulak, Kali Ni Depan Umah Ambiga ! hehehe



20/5/2012 telah berlangsung satu perhimpunan aman BERSIH 4.0 yg telah dianjurkan Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pengerusi Majlis Bertindaknya, Datuk Jamal Yunus berkata, dalam tindak balas terhadap penganjuran perhimpunan haram oleh Ambiga dan pembangkang sebelum ini, pihaknya bercadang menjadikan kawasan kediaman Ambiga di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, sebagai tapak kekal pasar malam. "Kami bukan peguam, kami cuma peniaga. Jadi kami melihat berniaga di depan rumah beliau adalah satu peluang perniagaan," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Bersih 4.0 di Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.
So kita tunggu jelah permohonan mereka diluluskan atau tidak. khabarnya permohonan kepada pihak DBKL akan dihantar pagi ini. For Ambiga, take it positif, senang nak beli makanan, 2 hari pasar malam depan rumah tu! hehe. Kan aku dah bagitau dulu, guna saluran yang betul... ye tak? :)
Sumber Berita: Utusan Malaysia dan sinar harian Sumber Gambar: mykmuYeke!
Saturday, April 28, 2012
Gambar BERSIH
Friday, April 27, 2012
BERSIH 3.0: DATARAN MERDEKA DI TUTUP - ARAHAN MAHKAMAH DI PEROLEHI
Salam Blogger,
Mulai hari ini (27/04/2012, 0600 hours), Dataran Merdeka dan jalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup.
Satu perintah mahkamah diperolehi tengahari ini:
Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.
Berita Terperinci disini dan sini
orang awam dan yang tidak terlibat di harap menjauhi lokasi seperti di bawah:
TOLAK DEMONSTRASI JALANAN!
Adios! :)
BP
Tuesday, April 24, 2012
TIBAI vs CIBAI (Mencarut ke aku ni ????)
Mencarut? Tidakkkkkk! Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim TIBAI dilancar 8.00 MALAM 22 APRIL 2012 (AHAD)di KELAB SULTAN SULAIMAN, KUALA LUMPUR. Acara perasmian penuh simbolik di rasmikan oleh Tuan Presiden PERKASA MALAYSA, YB DATUK IBRAHIM HAJI ALI.
Moh kita tengok sapa lah agaknya TIBAI-ian nie ek??
![]() |
![]() |
Memetik berita dari blog PAPAGOMO.COM, Kelab TIBAI, atau dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)sanggup berjuang berhabis-habisan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya dari arus politik perdana. Bercerita mengenai penubuhan kelab ini, Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata matlamat utama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada pilihanraya umum yang akan datang.
TIBAI ditubuhkan sebagai tindakbalas ura-ura penubuhan kelab CIBAI atau Cintai Insan Bernama Anwar Ibrahim. Agak sadis dan feminin nama kelab ni. Aduyai.. kot yea pun nak cinta-mencintai, pilihlah nama lain. Tak mulus, tak tulus, tak lulus..FOUL!
Gambar kredit to PAPAGOMO dan MAT KILAU PENANG
Monday, April 23, 2012
BERSIH 3.0 ... Apa Yang Patut Kita Tahu ??
KENAPA BERSIH 3.0?
Memetik dr blog rasmi BERSIH 3.0, BERSIH 3.0 di perlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Apa2 pun mari kita tengok apalah yang dituntut sangat oleh mereka yang suci lagi bersih nie yea...
TUNTUTAN BERSIH 3.0
1) Bersihkan Senarai Undi
2) Mereformasikan Undi Pos
3) Gunakan Dakwat Kekal
4) Akses Media Bebas & Adil
5) Masa Kempen Minima 21 Hari
6) Kukuhkan Institusi Awam
7) Hentikan Rasuah
8) Hentikan Politik Kotor
Buat makluman bakal peserta demo BERSIH 3.0, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meneliti dan seterusnya melaksanakan 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Walaupun tidak semua 8 tuntutan di atas di jawab pihak kerajaan, namun langkah2 yang di ambil menunjukkan reaksi positif kerajaan dalam menambahbaik proses plihanraya di negara ini.Demonstrasi Jalanan (walaupun hanya duduk dan diam!) mengundang lebih banyak kesan buruk dari yang baik. Banyak golongan yang bakal terjejas. Antaranya:
1) Anggota Keselamatan - polis, tentera, bomba, pegawai perubatan.
- cuti di bekukan, semua anggota diletakkan dalam berjaga2, sekatan jalan raya diperhebat, kawalan keselamatan di perketatkan
2) Peniaga-peniaga kecil, penjaja di sekitar tapak demonstrasi
3) Para pemandu teksi, bas dan seluruh kaktitangan pengangkutan awam
4) Orang Awam
- pergerakan terbatas, kesesakan lalu lintas.
5) Anak anak kecil dan pelajar IPTA
- kejutan bagi kita semua kerana 2 golongan ini di heret sekali semasa demontrasi Bersih 2.0 yang lalu. Dijangka, golongan ini akan terus menerus di peralatkan pada demo yang akan datang ini.
6) Industri Pelancongan
Para pelancong akan menukar haluan percutian ke negara ini bimbangkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini memberikan imej tidak baik kepada sektor pelancongan negara.
Akhir kata pada pandangan BP, demonstrasi seperti Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya akan mensabotaj imej dan keharmonian negara kita. Segala tuntutan dan keinginan boleh di sampaikan melalui rundingan meja bulat, tanpa perlu berdemo di jalanan.
SAYA BANTAH DEMO JALANAN 100%
Adios! :)
BP







