Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Pulau Langkawi Getaway - Part 4

Salam Blogger,

Menyambung post Pulau Langkawi Getaway - Part 3 , hari kedua selepas breakfast kami terus menyambung 'ekpedisi' kami hehehe...


Dataran Lang, Kuah

First tempat tujuan kami ialah Dataran Lang, sebab orang kata x sah kalau x p ke dataran lang ni yea x? Dataran Lang ni memamg terletak betul-betul bersebelahan dengan Jetty Kuah. So bagi yang datang Pulau Langkawi dengan jetty, nampak je Helang besau bermakna dah sampaila tu.. hehee

Kami sampai ke dataran lang, tak banyak gambar leh di ambil. sebab 'burung' helang sedang dalam proses baikpulih. so dapatla few shot secara 'bergegas-gegas'..hehee

LCCT gazebo on the move
-Side View- -Back view- -Panorama Dataran Lang-

Selepas Dataran Lang, kami terus menuju ke Kolam Air Hangat, salah satu tumpuan pegunjung yang nak merendam kaki di pulau lagenda ini.


Kompleks Telaga Air Hangat

Kompleks Air Panas hi Air Hangat Village dibuka setiap hari untuk para pegunjung dari 8 pagi hingga 11 malam. Para pengunjung boleh merendam kaki di telaga air panas yang di sediakan di dalam kompleks ini. Agak pelik bagi BP, keadaan kompleks sunyi sepi seolah2 kekurangan pegunjung. Mungkin beriadah di Haji Ismail Group (HIG) lebey menarik daripada beriadah di sini.. hehehe!!


Selain kolam air panas, para pengunjung boleh juga menikmati sauna di yang di sediakan di sini. Mandi sauna dan jacuzi ada bayaran tambahan, tapi mandi kat kolam air panas ni free jerr... so kami amik kesempatan rendam kaki jelah.. dalam rendam2 kaki tu, boleh lak mak BP sound, "eleh, kat Hulu Langat pun ada camnie.." adoi2, rasa cam nak balik jerk! Hehehehee!. Apa-apa pun mari kita jalan2 sekeliling kompleks air panas nie sambil melihat gambo2 yang BP sempat bidik...hehehe. Just for recommendation, tempat ni memang sesuai di lawati kalau ada kelapang di Pulau langkawi.


LCCT gazebo on the move
-Pelan Lokasi- -Sekitar Kompleks- -pondok berehat-

Al Kisah di zaman dahulu kala, pergaduhan antara dua gergasi telah berlaku . Tempat di mana tumpahnya air panas ketika gergasi itu berselisih menghasilkan telaga air panas yang wujud sehingga kini dan kampung tersebut di namakan Kampung Air Hangat; terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah. Dan di kawasan berdekatan satu tempat di namakan KISAP, iaitu tempat air panas tersebut dipercayai meresap dan hilang

So sambil melancong di Langkawi ni BP dapat mempelajari banyak cerita mitos berkenaan Pulau Langkawi ni. So pasni kalau orang asing tanya, tak lah kita terkebil2 menjawabnya yea tak?


LCCT gazebo on the move
-Hot Spring- -Mitos Telaga Air Panas- -Kolam Air Panas-

Tengok gambar paling kanan, gambar kolam air panas tu. Seronok diorang rendam kaki, dan abang Polis yang bertugas memang tak sombong. Sangat peramah dan tak kedekut informasi berkenaan Pulau Langkawi secara amnya. Chewahhh.. hehehe

So sesudah mandi, kami membeli belah sikit kat kedai cenderamata yang ada kat sini. Saja beli kat sini, sebab tengok harga yang di tawarkan lebih murah berbanding di pekan kuah. Lokasi seterusnya kami menaiki kereta kabel di Kaki Gunung Mat Chincang.. so tunggulah entry seterusnya Pulau Langkawi Getaway - Part 5

Adios! :)


BP


Wednesday, May 9, 2012

My Singapore Trip

Salam blogger,

Sempena cuti am sempena Hari Pekerja, BP sempat la jalan2 ke Singapura. Maklumlah xdek duit, so p naik bas jelah..

So arinie BP upload la picture sepanjang perjalanan BP ke Singapura tempoh hari.. :)

Hotel Seri Malaysia

pic name pic name pic name

Stay kat Hotel Seri Malaysia JB, so dekat sket untuk naik bas kat Terminal Bas Larkin.. Walking distance je beb, dalam 10 minit (itu kelajuan kenderaan berat cam BP..) jer... hehehe

Stesen Bas Larkin

pic name pic name

Untuk ke Singapore BP amat galakkan kalau boleh naiklah pengangkutan awam. Lebih jimat dan mudah... Jangan risau beb, LRT and bus kat sana xmcam kat KL..memanjang delayed! Kat sana almost punctual... :)

So this time BP naik bus. In future BP nak try naik flight and train pulak.. hehehhee

Makan-makan

pic name pic name pic name

So dah penat jalan2, singgah la makan kat Restoren Zam Zam nie.. Lokasi kedai ni di Arab Street, lebih kurang 500 meter dari Queen St.

Tengok jelah gambau nasi berianinyer, alahai...kecur air liur..

Harga? kalau sini RM 10 beriani mcm tu, kat sana SD10.. tak kisahlah, janji sodap....:)

Others...

pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name

So nilah gambau2 yang BP sempat tangkap sebelum keletihan pulang ke Malaysia pada hari yang sama. hehehe..

Adios! :)

BP

Entry sebelumnya... Pengangkutan-bas-ke-singapore-ramai-tak-tahu?

Source: flickr.com

Johor Premium Oulet (JPO) Syurga Beli Belah Wilayah Selatan

Salam Blogger,

Minggu lalu, BP sekali lagi ( sebelum dah penah pegi? Erk!! ) melawat Johor Premium Outlet (JPO).

Terletak di Bandar Indahpura, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, JPO menjadi tumpuan 'shopaholics' yang inginkan barangan-barangan butik seperti COACH, BURBERRY, BRAUN BUFFEL, GUESS dan banyak lagi.

Kebanyakan yang datang di sini adalah warga Singapura, warga johor dan ada juga pegunjung yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan utara tanahair semata-mata melihat sendiri butik2 ternama menjual baranganan mereka pada harga yang berpatutan.

Lebih kurang 80 premis butik ternama memperdagangkan barangan mereka pada harga lebih rendah berbanding outlet lain mereka di seluruh negara. So mari kita tengok,apa yang BP sempat rakamkan...

Di kawasan pintu masuk

pic name pic name pic name

Food Court

pic name pic name pic name

relaks dulu, itu baru mula tu... hehe.. ni baru outlet nyerrr.. sorrylah, tempat makan sure kena amik dlu.. erp! hehe..

Outlets...

Burberry pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name pic name

So,macam mana? Murah memang murah.. Sale sepanjang tahun!! So kalau ada pembaca dari lembah klang yang nak pergi,boleh ikot direction seperti dibawah!

From KL

Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets

samat Mencuba ek? hehehe

Source: flickr.com

Adios! :)

BP

Monday, April 30, 2012

Jalan Besar? Sama besar je aku tengok!

Pengangkutan Bas Ke Singapore - Ramai tak tahu

Salam Blogger,


Harini BP nak masuk Singapore naik bas. Lawa bas nyer, siap aircond, seat baru (sempit sket la,al maklumlahhhh... Hehehe), pemandu ramah tamah..


Cerita pasal naik bas ke singapore teringat memula dulu. First time naik, PEGHAK xtentu pasal.. Hehehe.. So after Kastam checkpoint, turun-turun bas yang BP naik dah ilang. Ingatkan dia tunggu bas penuh baru jalan. Rupanya main agak2 jer.. Hampeh.. So apa lagi, naik jelah bas mana2 yang ade. Dah xjimat ye tak? Dua kali bayar...


So, kalau nak naik bas pastikan CEPAT. Jangan duk makan angin kat Kastam checkpoint cam BP buat dlu.. Kalau larat lari,berlari.. BP xlarat, hehehehe


So pape pun,kepada yang bekerja selamat bekerja. Yang cuti, selamat bercuti.


Peace MALAYSIA!


BP

Blogbuster Campaign - by Nuffnang