Thursday, June 13, 2013

Blogger Haram?


Kuala Lumpur: Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak. 

"Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Berita lanjut klik Di sini

Tahniah Dato Seri Najib! Blogger Hantu memang wajar di kenakan tindakan keras! Kebebasan bersuara harus di kekalkan, dalam masa yang sama penyebar dakyah negatif harus di kekang demi kestabilan sosio - politik negara. 

Adios!

BP

Wordless #13


Friday, June 7, 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh - 4 disahkan meninggal dunia

Runtuhan Di Kawasan Kejadian. Sumber Berita Harian



GEORGETOWN: Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, petang tadi. 

Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter. 
Sehingga jam 11 malam seramai 48 anggota termasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan S&R ( Search & Rescue). Sumber

Terdahulu, satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung di sini runtuh tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.05 petang itu mengejutkan para pekerja kontrak yang sedang menyiapkan kerja-kerja akhir di jambatan itu. 

Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan awam yang melalui kawasan berdekatan. 



Tuesday, June 4, 2013

Al - Fatihah - Seniman S Shamsudin Meninggal Dunia


Antara Filem Lakonan Allahyarham S Shamsudin

Salam Blogger,


Menurut sumber Astro Awani, seniman S Shamsudin telah meninggal dunia pagi tadi di Singapura.

Allahyarham yang terkenal di masa kegemilangan Jalan Ampas membintangi sequence filem komedi allahyarham P.Ramlee.

Filem filem seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok & Pendekar Bujang Lapok evergreen di hati kita semua.



 Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas... 

AL-FATIHAH.....Semoga rohnya di cucuri rahmat.


BP


Thursday, May 30, 2013

SEPARUH AKHIR PIALA FA : Perlawanan Di Tunda, Persatuan Bola Sepak Di Denda



Salam Blogger, 

Entry Sebelum

Akhirnya semua persoalan terjawab!!


Perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan Johor Darul Takzim akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, 4.15 petang, pada 1 Jun.
Keputusan telah di buat selepas mesyuarat di Wisma FAM pada petang Rabu. Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang telah didenda RM$100k sementara Persatuan Bola Sepak negeri Johor didenda RM$20k akibat insiden “overcrowding” yang berlaku malam semalam.
Ia dilaporkan bahawa lebih 60,000 para peminat telah membanjiri Stadium Darul Makmur, kapasiti 40,000, pada malam Selasa untuk menyaksikan pertarungan antara Pahang dan Johor Darul Takzim.
Punca Limpahan Penonton?
Sebab ‘overcrowding’ ini belum jelas tetapi ada yang berpendapat bahawa tiket yang tidak dikoyakkan telah digunakan 

BP:
Xkanla tiket tak koyak boleh sampai 20 ribu keping? ye tak? So apa2 Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang haruslah mengambil serius isu ini kerana jelas berlaku ketirisan dalam pengurusan pintu masuk stadium pada malam kejadian....
Berita Penuh : Harian Metro 

Iklan:



Tuesday, May 28, 2013

PIALA FA: Perlawanan Pahang & Johor DT Di Tunda - Isu Keselamatan




Salam Blogger,

Hari Ini Dalam Sejarah! Stadium Penuh, Padang Elok, Pemain 22 orang di dalam padang tetapi sepak mula tak dapat di mulakan! Semuanya sebab penonton! 

Malam ini BP menonton secara langsung bagaimana sebuah perlawanan bola sepak di tangguhkan atas isu keselamatan. Perlawanan separuh akhir malam ini sepatutnya menemukan Pahang Darul Makmur melayan kunjungan pasukan Johor Darul Takzim (JDT)

Bermula dengan isu limpahan penyokong tuan rumah, penyokong membanjiri stadium keramat mereka sehingga ke kawasan trek stadium. Setelah hampir 45 minit memujuk, penyokong pahang 'redha' dan kembali ke kawasan penyokong. Tak sampai 15 minit isu ini dapat diselesaikan oleh Match Commisioner (MC) dan pihak keselamatan, penyokong JDT pula di baling objek daripada luar stadium.

Ini telah memaksa perlawanan di tunda ke jadual yang akan di beritahu kelak. Buat BP, ada beberapa persoalan sehingga jadinya isu ini:

a) FAM dan persatuan bola sepak negeri Pahang harus menyiasat 'fenomena' limpahan penyokong pada malam ini. Pada khemat BP, mungkin adanya aktiviti penjualan tiket palsu mahupun ulat tiket telah menggangu kelancaran perlawanan pada malam ini.

b) FAM harus menyediakan 'contingency plan' menghadapi situasi getir seperti malam ini.

c) Sikap penonton juga harus lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Atas kejadian ini, pihak berkecuali harus mengadakan siasatan dan BP cadangkan hukuman yang berat kepada pihak bertanggungjawab kerana bola sepak kita, imej kita!

Adios!

BP

Update: SEPARUH AKHIR PIALA FA : Perlawanan Di Tunda, Persatuan Bola Sepak Di Denda

IKLAN:


Tuesday, May 21, 2013

Update Jalan Berlubang di Highway SILK, Kajang



Salam Blogger,

Seperti yang BP update dalam entry Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi , di sini BP lampirkan keadaan jalan berlubang berhampiran kilometer 26 Highway SILK arah Kajang - Bangi.

Kedalaman Lubang

Menanti mangsa seterusnya..

Close Up

Semoga pihak selenggara SILK Highway mengambil perhatian terhadap isu ini. Satu laporan Polis telah di buat berkenaan kemalangan ini.

Akhir kata, semoga para penunggang lebih berhati2 di jalan raya. 

* Terima Kasih RF6461 kerana sudi berkongsi gambar di atas di blog BP ini.

Adios, 

BP


Monday, May 20, 2013

Harga Emas Turun kepada RM155/gram - Mari Beli Emas



Salam Blogger,

Harga Emas di laporkan turun kepada RM 155.00/gram bagi emas 916. Untuk rekod, harga emas sudah 2 kali berada pada tahap rendah sepanjang 4 bulan tahun 2013. Mungkin emas masih mencari2 'correction curve' dan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil membuatkan emas di dagangkan pada harga yang tidak menentu

So buat pelabur emas ini adalah masa yang sesuai untuk membeli emas buat simpanan. Ayuh, lawati kedai2 emas yang berdekatan!

Adios!

BP

Konvoi Motosikal: 3 motosikal Bergesel, 2 Peserta Konvoi Maut - Al Fatihah

Picture: Kredit Utusan Malaysia

Salam Blogger,

Dalam entry-entry BP yang sebelum ini banyak menekan keselamatan menunggang. Hari ini BP amat sedih melihat akhbar Utusan Malaysia mukasurat depan memaparkan berita berkenaan kemalangan 2 peserta konvoi dari Klang,Selangor menuju ke Desaru,Johor. 3 motosikal daripada kumpulan yang sama telah bergesel sesama sendiri menyebabkan 2 daripada mereka terpelanting ke jalan bertentangan. Sebuah van telah merempuh dan kedua2 penunggang meninggal di tempat kejadian.

Picture: Kredit Utusan Malaysia
Berita penuh di sini.

IKLAN:


Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi - Iktibar Buat Riders




Salam Bloggers

Tanggal 16 May 2013, antara tarikh yang wajar di ingati bagi BP. Dari office, BP menerima satu panggilan telefon berkenaan GIM6461 di timpa kemalangan di Highway SILK Kajang arah Bangi. Keadaan penunggang tidak di ketahui begitu juga keadaan motosikal. Dalam perjalanan ke tempat kejadian BP di maklumkan penunggang telah di bawa ke Unit Kecemasan Hospital Serdang. Alhamdulillah, so bila sampai ke tempat kejadian MOTOSIKAL TIADA DI KAWASAN KEJADIAN? Usaha mencari di lakukan. Pihak berwajib termasuk PDRM di hubungi berkenaan kemalangan namun usaha menemui jalan buntu.

Dengan bantuan Wilhin Emergency Response Team (ERT), kami mencari di sekitar rumah awam berdekatan  kawasan kejadian. Akhirnya usaha membuahkan hasil, motosikal di jumpai di sebuah bengkel berdekatan kawasan kemalangan.

Setelah motosikal di bawa ke bengkel dengan bantuan Wilhin ERT,BP menuju ke Hospital Serdang melihat keadaan mangsa kemalangan.

Penunggang GIM6461 mengalami luka2 'ringan' di lengan dan badan di samping trauma akibat kemalangan. Semoga cepat sembuh ye...

Daripada maklumat awal, mangsa telah cuba mengelak 'lubang' di sekitar Kilometer 26 SILK Highway sebelum hilang imbangan dan terjatuh. Mujur tiada kenderaan di belakang yang BP fikir berpotensi merempuh dari belakang. Semoga pihak SILK mengambil berat hal ini. Gambar jalan berlubang ini BP dah update di entry Update: Jalan Berlubang di SILK Highway.

Di sini BP kepilkan gambar2 keadaan motosikal untuk perhatian kita semua...

Keadaan GIM6461




 Keadaan Penunggang:





Kesimpulannya:


1. Malang tidak berbau, mengendalikan motosikal besar memerlukan pengalaman yang tinggi oleh kerana 'cc' enjin yang tinggi. Aspek keselamatan seperti pemakaian helmet, jaket,pad & boot yang sesuai semasa menunggang haruslah dititikberatkan. Rujuk post BP bertajuk Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi - Utamakan Keselamatan Anda
2. Permukaan jalan di Malaysia nie tak menjanjikan tunggangan yang selamat. Hari ni jalan elok, esok diorang korek,lusa diorang turap balik. Merujuk kepada kemalangan di atas, satu laporan polis telah di buat berkenaan permukaan jalan ber'ombak' dan berlubang di sekitar kilometer 26 Lebuhraya SILK hala Kajang - Bangi (berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Leftenan Adnan)
3. Iktibar - Tujuan utama BP membuat post ini sebagai peringatan semua riders yang melalui jalan yang BP sebutkan di atas supaya berwaspada. Moga post ini membuka mata kepada kita semua tentang keselamatan jalan raya.
4. Dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada chief marshal kita En Agus (Wilhin Riders sure kenal brother kita nie....) kerana bantuan beliau semasa hari kejadian. Juga sekalung penghargaan penduduk dan individu yang berada di  tempat kejadian di atas bantuan yang di hulurkan. Kepada 'abang kelisa' yang memandukan mangsa kemalangan ke Unit Kecemasan Hospital Serdang, terima kasih banyak. Semoga Allah jua membalas jasa kalian semua. Amin!
5. Semoga both GIM6461 dan penunggangnya cepat semboh....

Adios!

BP

Sunday, May 19, 2013

Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi - Utamakan Keselamatan Anda




Salam Blogger,

Lately BP tengok ramai betul rider2 moto besar di jalan raya. Dengan kuasa enjin yang besar memang syiok deme2 ni memecut di jalan raya. Namun, harus di ingat JALAN RAYA BUKAN TEMPAT BERLUMBA. Banyak lagi cara, antaranya dengan menyertai konvoi (baca cerita konvoi Wilride - Konvoi Super Bike Anjuran Wilhin Motor Sdn Bhd ). Kerana bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malahan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Namun bukan sikap yang BP nak kupaskan di entry ini, mungkin akan BP kupas di dalam entry akan datang. Cuma BP nak ingatkan beberapa perkara penting buat rider terutamanya kit keselamatan buat penunggang motosikal. Bukan hanya untuk yang menunggang motosikal kuasa besar je tau, yang naik kapchai pun boleh pakai. KESELAMATAN...

Jacket

Jacket antara kit paling penting buat penunggang motosikal. Di samping mengurangkan rintangan angin dan boleh membuatkan penunggang nampak lebih 'handsome' - yeke!!, jaket mampu mengurangkan impak kecederaan JIKA berlakunya kemalangan. 
Glove
Glove - Antara kit sesuai di pakai untuk melindungi jari2 penunggang dari kesejukkan dan kecederaan. 

Pad
Pad - Ada rider yang lupakan tentang pad. Pad selalunya di pakai di lutut dan siku. KENAPA? ini dapat mengurangkan impak berlakunya kecederaan patah tulang di kawasan tersebut.

Boot


Boot - Cuba tengok elok2 boot nie, lawa kan? So pakaila satu.. ini dapat melindung kaki dan yang paling penting buku lali dan tendon kaki kita terpelihara.

Helmet

Yang ni basic sangat lah kawan2. kalau nak naik motor, beli lah helmet. Lagi pastikan ada cop SIRIM. Sebab helmet ni lah pelindung terakhir kepala2 keras kita kalau berlakunya kemalangan..

Di samping kit di atas,  pastikan penunggang mempunyai Perlindungan Insurans. Sekiranya semua langkah penjagaan keselamatan di atas telah di ambil, kita hanya mampu berdoa agar kita di kurniakan keselamatan pergi dan balik. AMIN.

Sumber Maklumat & Gambar: Malaysian Riders

Blogbuster Campaign - by Nuffnang