Thursday, May 16, 2013

Wilride - Konvoi Super Bike Anjuran Wilhin Motor Sdn Bhd



Salam Blogger,

Pada 12/05/2013, BP berkesempatan mengikuti satu konvoi motosikal berkuasa besar anjuran Wilhin Motor (M) Sdn Bhd bersempena ulangtahun ke 2 syarikat tersebut. Konvoi di sertai lebih kurang 300 bikers di ketuai Pengarah Urusan Wilhin Motor (M) Sdn Bhd., Mr Wilson Tan Them Hing. Konvoi ini telah menjelajah sejauh lebih kurang 200 KM meliputi sebahagian negeri Selangor & Negeri Sembilan. Dengan kerjasama pihak PDRM dan Kementerian Pelancongan - Tourism Malaysia, konvoi ini telah mencapai matlamat dengan jaya.

Beribu pejabat di Balakong, Wilhin Motor Sdn Bhd merupakan antara pengedar utama motosikal berkuasa besar di kawasan lembah klang. Dengan memberikan keutamaan dan khidmat nasihat kepada bikers, menjadi tanggungjawab Wilhin Motor menyediakan khidmat 'kelas bintang' kepada semua pelanggan-pelanggannya.


Menyorot ucapan alu-aluan daripada Pengurus Operasi Wilhin Motor, pada mulanya pihak syarikat menjangkakan agak sukar untuk mengumpul 200 bikers di sekitar lembah klang. Namun dengan kehadiran 300 bikers - termasuk ahli Wilride, TV3 bikerz dan lain2 kelab permotoran yang mengambil bahagian dalam konvoi kali ini; memberikan Wilhin Motor inspirasi untuk terus bekerja keras di masa akan datang. Pengurus Operasi juga mengingatkan, para bikers di berikan peluang untuk memberikan pandangan dan feedback yang membina kepada pihak syarikat dalam mendefinisikan hala tuju syarikat di masa akan datang.



Restoran Nasi Arab Damsyik di Paroi, Negeri Sembilan telah di pilih sebagai tempat makan tengahari untuk group konvoi pada kali ini. Terima kasih kepada pemilik restoran yang telah sedaya upaya menyediakan tempat dan makanan yang menyelerakan. Alhamdulillah... hehehe





Selepas makan tengahari acara di teruskan dengan upacara memotong kek oleh Big Boss Wilhin Motor sendiri sebagai tanda penghargaan melalui 2 tahun yang gemilang bersama pelanggannya. Acara tambah hangat dengan 'lucky draw'.

 Di samping acara untuk bikers, Wilhin Motor juga telah berbesar hati berkongsi kegembiraan dengan menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim.









Selesai acara di Paroi, konvoi Wilride menuju ke destinasi terakhir iaitu Muzium Negeri Negeri Sembilan untuk sesi bergambar.


Selesai bergambar di Muzium Negeri, konvoi berpecah menuju ke destinasi masing-masing. Satu TTS (Teh Tarik Session) secara tak sengaja di jalankan di RnR Seremban. Panas terik, tekak pun haus.



Dengan kehadiran unit media TV3, sorotan konvoi ini telah disiarkan di slot MHI pada 14th May 2013 jam 7 pagi.




* Dari sumber maklumat yang BP dapat daripada marshal konvoi, 4 bikers wanita turut serta membuktikan motosikal kuasa tinggi bukan satu halangan bagi penunggang kaum hawa! Respect!
* Terima kasih kepada GIM6461 menyalurkan maklumat kerana WXM6461 tidak dapat follow program di belah pagi.

Gambar penuh BP uploadkan di Page Facebook Bobby Photography Page (Double click jer... hehe)

Sekian.


Lagi cerita berkenaan motosikal berkuasa tinggi di entry tersebut:
1. Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi - Utamakan Keselamatan Anda

IKLAN:



No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang