Saturday, April 27, 2013

Kematian Timbalan Pengarah Kastam Di Sebabkan Rampasan Dadah?


Al Fatihah. Semalam negara di kejutkan dengan satu kejadian pembunuhan di Putrajaya. Datuk Shaharudin Ibrahim, 58 Timbalan Pengarah Kastam Di raja Malaysia (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), di tembak dari jarak dekat di Precint 3, Putrajaya.

Lakaran Awal Kejadian

Siasatan masih di jalankan dan di khuatiri pembunuhan Allahyarham ada kaitan dengan rampasan dadah yang di lalukan pihak KDRM sepanjang tahun 2012/13.


Berita lanjut sila baca di sini












Friday, April 26, 2013

Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2


Sport Rim
Sport Rim Jual Tepi Jalan Jer beb!!

Salam...

Setelah lama bertakafur, BP mendapat semula kekuatan untung menyambung entri seperti yang dijanjikan. Pemandangan di atas BP snap dari dalam kereta semasa dalam perjalanan dari Hotel yang BP duduk. Lebih kurang 50 meter je dari hotel kami menginap, ratusan alat-alat ganti di jual di tepi2 jalan. ala2 pasar karat. BP tak berenti la tanya, kang kalau berkenan satu hal plak nak bawak balik! hahaha..

Anyway, nak beritau di sini, selain shopping owang pempuan, kaki-kaki kereta leh la jengok2 tengok barang di sini. Info daripada pak supir yang kami upah ni, ada juga rakyat Malaysia mai bandung semata2 nak beli alat ganti. khabarnya murah.. tak tau lah.. hehehe

Muka penat belum hilang! hehehe..
So pengembaraan hari pertama kami bermula sejurus selepas breakfast. Breakfast yang disediakan di Hotel Aston Braga ni memang kelas beb! Sangat sedap dan memenuhi cita rasa kita orang Malaysia. Tengok jela muka2 ahli rombongan BP tu, walau letih masih bersemangat untuk memborong! ahaha!! So seperti tips yang BP ada beri di entry sebelum ni supaya kalau boleh upahlah Pak Supir yang berwibawa. Macam BP senang je, bagi list mana kami suma nak pergi. Pak Supir tu boleh bagi cadangan untuk jadual lawatannya... hehehe

So cut my story short, lebih kurang jam 8.30 waktu tempatan (chewahhh.....), kami semua bergerak ke arah tujuan pertama kami iaitu:

1. Jalan KOPO

Setelah Pak Supir melihat list tempat yang aku bagi, dia bagi cadangan supaya melawat dulu satu toko kain di Jalan Kopo. Mengikut kata dia, penjual nie mempunyai kilang kain dan men'supply' kain2 dia ni di Pasar Baru. So harga yang dia tawarkan for sure lagi murah dari Pasar Baru. So BP on jelah! 

Machet!
Tapi kan, keluar je daripada hotel, terus kami terkejut dan terkedu.. Machet dia, ala2 di Kuala Lumpur la beb! tengok ajela gambar di atas, bumper to bumper. Tapi di kota bandung ni kita boleh lihat masih ramai warga tempatan yang mencari makan daripada tempias machet ni. Penjual Qoran (Surat Khabar tau!!), penjaja rokok, air minuman sampailah ke seniman jalanan. Mereka akan mengetuk tingkap2 kenderaan yang berhenti untuk tujuan berjual.

Comel Sangat!

Gambar kete kuda padi ni BP snap di satu kawasan perkampungan sebelum kami sampai ke toko kain yang di maksudkan pak supir tadik. Di kawasan ini, kuda padi nie antara mode pengangkutan utama bagi mereka. Kira memang 'back-to-basic' la bila lalu kawasan nie beb!.. tengokla kedai2 mereka, memang menakjubkan apabila human trafficking dan household income nie tak setara... Syukur alhamdulillah, kita di Malaysia ni masih boleh hidup senang lenang... 


Kami Dah Sampai!
Anyway, BP ingatkan toko yang dimaksudkan tu kedai besar mana la.. rupa2 nya rumah je pun.. tapi sekeliling kawasan rumah di sini memang nampak jurang taraf hidup mereka. Di kawasan rumah yang di jadikan kedai kain ni siap ada pengawal. Mungkin banyak kes kecurian yang berlaku di sini. Eh, pic di atas bukan pic pengawal yea!





Pak Mad Supir
 Iklan skit, di atas nie lah Pak Supir yang BP selalu mention dalam entry di Bandung nie. So far dia memang banyak membantu. So kalau sesiapa berminat leh mintak kontek dia dari BP. Highly Recommended!

Balik pada cerita barang jualan di toko nie, kat sini menjual kain2 ela untuk buat jubah, baju kurung dan yang sewaktu dengannya.. Dari sumber orang2 Malaysia yang kebetulan kami jumpa di sana memberitahu harga diorang nie memang murah dari Pasar Baru. So apa lagi ahli rombongan, SERBUUUUU!!!!

Pilih, Jangan Tak Pilih!
So setelah harga ratusan ribu ringgit  (bunyik macam banyak je kan??) di sini, kami menuju ke destinasi kedua iaitu:

2. Jalan Chibaduyut


Destinasi seterusnya ialah Jalan Chibaduyut. Harap2 BP mampu mengeja nama nie dengan betul... terbelit lidah nak menyebutnya.. hahaha.. Kalau ikotkan semua ahli rombongan dah tak sabar nak ke Pasar Baru. Cuma Pak Supir ajak singgah sini dulu, sebab berdekatan je dengan Jalan Kopo tempat kami beli kain sebelumnya.

Anyway, kat sini adalah syurga buat peminat2 barangan berasaskan kulit. U name it! Nak kasut? baju? topi? Selipar? semua ada di sini. Siap boleh bagi diskaun lagik beb! Sepanjang jalan kat sini, dan tawar menawar boleh di lihat di mana2.. BP tak beli pape pun.. pasal xminat.. hehehe

 

Selesai mencuci mata di sini, kami pun mintak la pak supir membawa kami makan. BP tak ingat apa nama restoran dia. tapi memang best masakan dia. And kita orang Malaysia sekali sekala berubah rasa apa salahnya ye tak? heee
Adoi, sedapnya

Ni meja orang lain ni
Yang best tentang nasi padang nie ialah dia akan hidangkan kita semua lauk pauk yang dia ada hari tu. Kita boleh pilih dari piring-piring yang diorang sediakan tu. Dan diorang akan kira lauk yang kita ambil/usik sahaja. Yang tak usik xdikira. Fuhhh, memang layan. Tu yang BP jadik seperti gambar di bawah ni!!!

Adoi, BP sudah kenyang.. hehehe!

3. Pasar Baru Trade Centre


Kota Bandung - Dari Atas Pasar Baru Trade Centre
Menurut Pak Mad, elok kalau kami pergi melihat-lihat sahaja dulu barang-barang di Pasar Baru dan datang balik hari lain. Sebab pada pengalaman dia, kurang-kurang satu hari kalau nak jalan-jalan dan beli barang di pasar baru nih. Wahh, BP dah risau dah.. ada jugak ahli rombongan tak mau balik ni kang! hehehehe!



Tengok JE!
Kesimpulannya, kami memang tengok2 aje. Antara barang-barang yang di jual di sini adalah kain2 ela, tudung-tudung dan juga telekung. Selain daripada souvenir2 untuk pelancong. Selain itu bagi BP hanyalah kesesakan manusia dan bau kepam... hehehhe

4. TOKO 3



Destinasi seterusnya kami menuju ke Toko 3. Antara gedung membeli belah buat sesiapa yang gemarkan jeans. Salah satu outlet yang tak pernah kurang pengunjung dari pagi sampai ke malam.


Jenama2 jeans seperti levi's, lee, lois dan macam2 lagi boleh di dapati di sini. Kaunter jeans levi's paling ramai orang. Pasal memang sangat2 murah. lebih kurang 50% murah jika di bandingkan harga di sini. JPO pun xleh lawan weh! Cuma kalau design atau model jeans tu BP kurang arif la. Tapi bagi BP selagi ia nya levi's dan murah. Peduli apa off-season fashion pun. Alah membeli, menang memakai! heeeeeheeee


5. Jalan Riau


Pukul 8.30 malam kami mengunjungi Jalan Riau antara tempat tumpuan kaki2 shopping di bandung nie. Turun je kereta BP dah dapat lihat deretan Factory Outlet di kiri dan kanan jalan. So kat sini pun BP cuci mata jer. Yealah badan pun dah letih, perot pun dah lapar. Hehehe

Kedai Mr Bean?

Lily Rose FO

Heritage FO

Depa nie memang cool! Aktif!!
Selepas puas berjalan untuk hari yang pertama, BP dan ahli rombongan yang lain pulang ke hotel. Hari pertama memang memenatkan, baru pukul 10 malam mata dah berat. 

Malam tu kami makan bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia jer. Roti, Megi, Biskut... Semua sedap lapar punya pasal! hehehe... Lagi satu nak jimat duit and masing2 dah aim apa nak beli on the next day! hahaha

So nantikan entri seterusnya daripada BP. As Salam!

Adios!

BP

Thursday, April 25, 2013

Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3



Salam...

Dalam entry sebelum ni BP update kami berjalan2 ke tumpuan beli belah di Kota Bandung. Hari ke 3 kami semua decide nak berjalan2 makan angin plak. Plan awal kami nak ke Tangkuban Parahu. Nasib kami kurang baik, letusan-letusan kecil berlaku masa kami datang tu. Aktiviti lawatan ke Tangkuban Parahu terpaksa kami lupakan.

Then pak supir bagi cadangan supaya kami pergi ke Kawah Putih. Menurut kata pak supir ini, tempat ni sejuk. Ala-ala genting highland! Eh, mana plak pak supir ni tau Genting Highland? hahahha...

1. Kawah Putih Ciwidey Bandung

Atas nasihat pak supir, kami bergerak awal ke Kawah Putih. Jauh jugak dari hotel kami menginap. BP sempat 'krooh-krooh' la jugak.. hahaha.. Anyway, Kawah Putih ni terletak di kawasan tanah tinggi. Sepanjang perjalanan ke sini anda semua boleh menikmati teres-teres tanama sayur-sayuran,padi bukit dan bunga-bunga. Lebih kurang macam dekat Cameron Highland la jugak... Cuaca juga agak sejuk..


Sawah Padi



RnR kot..


Gedebak, gedebuk sedau2 eheh!! There u are, kami dah sampai! Bersemangat semua nak ke kawah putih. hehehe!!


Dah Sampai!
Berdekatan kawasan parkir ni banyak warung-warung makan. So BP & family kenala kopi dulu sementara tunggu pak supir belikan kami tiket. So BP jalan2 carik kopi la.. apa laei!! heheh


Kopi Luak
Selesai kena kopi, kami suma bergerak ke tempat menunggu 'angkutan. Untuk pengetahuan, nak ke kawasan Kawah Putih ni kita di galakkan memakir kenderaan persendirian di kawasan parkir yang di sediakan dan pelawat akan menaiki 'angkutan' yang disediakan pihak perhutanan untuk naik ke atas. Tapi kalau nak bawak jugak, boleh. Cuma charge dia lain skit la...

Parkir Di Bawah:
Kenderaan 4 Roda: Rp 6,000
Kenderaan 6 Roda: Rp 25,000

Parkir Di atas:
Roda 2: Rp 5,000
Roda 4: Rp 150,000

Harga Tiket:
Weekend: Rp 16,000
Weekday: Rp 15,000
*Harga tiket termasuk 'angkutan' dari kawasan pakir ke kawah putih.

So pak supir cadangkan supaya park je kat bawah daripada membazir duit. kan? So kami pun tunggulah turn kami...

Sabar tunggu turn nak naik angkutan..

Perjalanan dari tempat pakir bawah ke puncak gunung mengambil masa lebih kurang 15 minit je. Tapi driver-driver angkutan kat sini drive memang ala2 F1 driver! menurut driver angkutan yang kami naik, mereka dibayar pada kadar 'trip' yang mereka bawa. So no wonderlah diorang bawak laju!

So sampai je dah terasa kedinginannya.. and bau belerang. tapi air dia xpanas, pelik kan? Subhanallah.. So bolehlah tengok2 gambar BP amik di sana. Memang sangat lawa!

Kawah Putih, Bandung
Papan Tanda!

Kawah Putih, Bandung
Di kawasan Kawan Putih

Kawah Putih, Bandung
Kawah Putih
Kawah Putih, Bandung
Kawah Putih

Kawah Putih
Oh, kami nak p Kolam Air Panas pulak! JOM!!



2. Air Panas Walini Ciwidey Bandung



Kolam air panas ni terletak lebih kurang 10 minit dari Kawah Putih tadik. Lepas jalan2 di Kawah Putih mandi air panas pulak. Memang seronok la budak2... masa kami sampai tu tempat ni dah padat dengan manusia...
Kolam Mandi 1
Kolam Mandi 2

Scenery 1
Scenery 2
So lepas budak2 mandi, perot pun lapar. So tanya pak supir dan kami di janjikan sajian Sunda petang nie.. Hoorayyy!! * Memang nak test segala sajian di bandung, kalau berkesempatan BP galakkan anda cuba. Pastikan HALAL ye... hehehe

 3. Saung Gawir - Kedai Makan (Sunda)

Saung Gawir

Pulut Udang




Front View
Inside Saung Gawir

Basically masakkan Sunda ni ala2 restoran ayam penyet kalau di KL. Memang kena la tekak dan selera orang kita. Tapi BP suka cara diorang hias kedai makan diorang nie. Memang KELASSSS!!

Pemandangan Dari Saung Gawir

Sambil makan boleh cuci mata. Memang menyergarkan, kiri kanan kedai di terbentang teres-teres tanaman bunga-bunga dan sayuran. Fuhh, perut kenyang, sedap mata memandang. BP cadangkan pegi kedai ni kalau kawan2 ke Bandung.. Aman!!

Lapar? Sempat ambil gambar lagi...



Sudah makan, jam pun dah pukul 5. Bayangkanlah, berapa jam kami menepek di kedai makan nie. Budak2 ni kemain seronok, siap turun ke teres2 tu ambil gambar. Menurut pekerja di sini, owner Saung Gawir nie dan owner ladang sayur kat belakang tu satu keluarga. Pandai kan diorang????

So last destination hari ni ialah JALAN DAGO!


3. Jalan Dago


GLOW in the Dark?


Jalan Dago ni kami jalan x lama pun. Outlet-outlet di sini kurang meriah nak di bandingkan dengan Heritage atau Rumah Mode.

So Dalam sejam kami pusing2 di sini kami pun balik ke hotel. Tunggu entry BP akan datang, kami repeat kunjungan ke Pasar Baru!


Tips:

1) Periksa dan bertanyalah kepada Pak Supir berkenaan cas tambahan yang di kenakan di tempat2 tumpuan pelancong. Sepanjang pemerhatian BP, semuanya duit. Dari parking kenderaan, tahan kenderaan, sampaila fee masuk. So better kita cek kan...

2) Kawah Putih-  di galakkan bawak face mask dan blanket/sweater kerana bau belerang amat kuat dan cuaca di atas sana sangat sejuk.

3) Kolam Air Panas - masuk je ke kawasan kolam air panas korang akan nampak tikar-tikar atas tanah. Ingat, nak 'park' barang2 korang kena bayar tau.. So sediakanlah small change. Kalau xsudi pakai tikar, pondok2 rehat pun ada,sedia untuk di sewa. Akhir kata, semua duit di sini! hahaha...

3) Makanan Sunda - macam ayam penyet di Malaysia je beb. hehe...

4) Jaga barang2 milik anda di kawasan tumpuan ramai. Yang bawak handbag, beg galas letakkan di bahagian depan. Kena seluk, menangis kita.

5) Hati-hati dengan barangan di outlet. Kadang-kadang diorang campur dengan tiruan. Tak nampak tiruan, sebab kebanyakkan kilang2 tu ada di Bandung. heheh

Adios! 

BP


Klik link di bawah untuk entry-entry berkenaan Bandung Gateway...

1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 4
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 5

Blogbuster Campaign - by Nuffnang