Wednesday, April 24, 2013

Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1

Cihampelas
Bandung - Syurga Membeli Belah

Salam buat semua pelawat...

Dah lama BP x update travelog a.k.a photolog dalam blog kesayangan hamba nie.. heheh... So seperti gambar di atas, BP telah dengan jayanya membeli-belah melancong ke kotaraya Bandung, Indonesia. So kalau bercerita tentang bandung nie kakak2,makcik2 waima adik2 perempuan semestinya tersenyum lebar mengenangkan betapa banyaknya barang yang bakal di borang di sana.. yeke? Entah,bagi BP xlah mahal murah sangat bergantung kepada apa barang yang di cari.. hehe..

Adapun entry mengenai Bandung ni BP akan pecahkan beberapa 'episod'. So korang tak lah boring sangat nak membacanya.. ye tak?


Adapun tiket ke bandung ini telah BP percuma beli lebih setahun yang lalu. So boleh kata well-plan la jugak. So penerbangan dengan Air Asia mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari LCCT KLIA ke BDO. So kami sampai ke sana dah tengah malam. Di jemput Pak Supir a.k.a pemandu pelancong di BDO, kami semua di bawa ke Hotel Aston Braga untuk check in bilik kami. Buat pengetahuan semua, hotel ni pun BP dapat tawaran harga yang menarik. Keluarga kami nie 11 orang termasuk kanak2, so kena la carik hotel yang selesa sket... ye x? hehe


So cecuba tengok van kat sebelah nie? hah, nielah pengangkutan kami sepanjang  4 hari kami di Bandung. Boleh masuk 11 orang,sangat luas. Isk,kalau sesapa nak pegi BP leh rekomenkan.. Supir nie memang bagus, tarak curi tulang mahupun curi barangan kita. Harga pun berpatutan, boleh bincang punya... hehe Anyway, kalau tengok kat sana memang van ala-ala cenggini pengangkutan mereka di sana. Dan 'PARIWISATA' pada windscreen tu maknanya van pelancong, kalau kat Malaysia nie van persiaran lah. hehe...

 Bercerita pasal penginapan plak, BP cadangkan korang semua membuat research dulu berkenaan harga, pakej, dan lokasi hotel tersebut. Sepanjang berada di Bandung, BP menginap di Aston Braga Hotel & Residence di Jalan Braga, Bandung. Harga memang puas hati, BP booked melalu laman sesawang Agoda. Aston Hotel di antara hotel bertaraf 4 star yang berada dalam radius tempat2 membeli belah di kota bandung. Dari hotel kami menginap nie hanya 5 minit ke Pasar Baru, salah satu tempat membeli belah tumpuan warga Malaysia.


Berbalik kepada cerita tempat penginapan, BP ambil apartment 3 bilik demi memuatkan 11 orang anggota rombongan BP. Semua ahli keluarga, berhimpit pun kami sanggup. So malam itu kami semua tido dengan lena dengan harapan akan bangun awal untuk operasi shop-till-you drop kami. Di sini BP lampirkan tips untuk para pembaca yang merancang percutian ke Bandung.

Sebelum Berangkat
1. Tukar duit di money changer sebelum sampai ke airport. Kerana di airport rate sangatlah tinggi dan merugikan
2.  Asingkan siap2 duit airport tax semasa nak balik dari BDO. kalau tak silap RP 75,000 seorang xkira budak2 atau dewasa. Maklumlah dah shopping2 kang lupa lak pasal airport tax nie
3. Gunakan khidmat Supir - yang ini paling penting. pastikan supir yang kita upah tu di percayai kerana kita akan bergantung 101% pada mereka semasa di sana terutama keselamatan kita dan barang2 beli belah kita
4. Bawa bekalan ubat secukupnya - kerana belanja ubat-ubatan di sana agak mahal
5. Taksi dan angkutan - kalau xnak pakai supir, pastikan anda menaiki Taksi Bluebird (Kaler Biru). Taksi 'brand' lain selalu menipu especially tau kita orang Malaysia. Untuk angkutan (ala-ala tuk-tuk), pastikan baca elok2 laluan angkutan tersebut sebelum naik
6. Limitkan jumlah tunai - standby kad kredit or debit sebab banyak tempat di Bandung menerima kredit kad/debit kad.
7. Beli simkad - untuk proses perhubungan yang mudah dan murah, beli sim kad dan pulsa kerana charge roaming akan buat anda demam selepas melihat bill telefon anda nanti!



                        

Sekian sampai di sini sahaja. Di kesempatan lain BP akan update lagi yea?

Adios!

BP

Cerita Seterusnya klik di sini:

1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 4
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 5



No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang