Sport Rim Jual Tepi Jalan Jer beb!! |
Salam...
Setelah lama bertakafur, BP mendapat semula kekuatan untung menyambung entri seperti yang dijanjikan. Pemandangan di atas BP snap dari dalam kereta semasa dalam perjalanan dari Hotel yang BP duduk. Lebih kurang 50 meter je dari hotel kami menginap, ratusan alat-alat ganti di jual di tepi2 jalan. ala2 pasar karat. BP tak berenti la tanya, kang kalau berkenan satu hal plak nak bawak balik! hahaha..
Anyway, nak beritau di sini, selain shopping owang pempuan, kaki-kaki kereta leh la jengok2 tengok barang di sini. Info daripada pak supir yang kami upah ni, ada juga rakyat Malaysia mai bandung semata2 nak beli alat ganti. khabarnya murah.. tak tau lah.. hehehe
Muka penat belum hilang! hehehe.. |
So cut my story short, lebih kurang jam 8.30 waktu tempatan (chewahhh.....), kami semua bergerak ke arah tujuan pertama kami iaitu:
Gambar kete kuda padi ni BP snap di satu kawasan perkampungan sebelum kami sampai ke toko kain yang di maksudkan pak supir tadik. Di kawasan ini, kuda padi nie antara mode pengangkutan utama bagi mereka. Kira memang 'back-to-basic' la bila lalu kawasan nie beb!.. tengokla kedai2 mereka, memang menakjubkan apabila human trafficking dan household income nie tak setara... Syukur alhamdulillah, kita di Malaysia ni masih boleh hidup senang lenang...
1. Jalan KOPO
Setelah Pak Supir melihat list tempat yang aku bagi, dia bagi cadangan supaya melawat dulu satu toko kain di Jalan Kopo. Mengikut kata dia, penjual nie mempunyai kilang kain dan men'supply' kain2 dia ni di Pasar Baru. So harga yang dia tawarkan for sure lagi murah dari Pasar Baru. So BP on jelah!
Machet! |
Tapi kan, keluar je daripada hotel, terus kami terkejut dan terkedu.. Machet dia, ala2 di Kuala Lumpur la beb! tengok ajela gambar di atas, bumper to bumper. Tapi di kota bandung ni kita boleh lihat masih ramai warga tempatan yang mencari makan daripada tempias machet ni. Penjual Qoran (Surat Khabar tau!!), penjaja rokok, air minuman sampailah ke seniman jalanan. Mereka akan mengetuk tingkap2 kenderaan yang berhenti untuk tujuan berjual.
Comel Sangat! |
Gambar kete kuda padi ni BP snap di satu kawasan perkampungan sebelum kami sampai ke toko kain yang di maksudkan pak supir tadik. Di kawasan ini, kuda padi nie antara mode pengangkutan utama bagi mereka. Kira memang 'back-to-basic' la bila lalu kawasan nie beb!.. tengokla kedai2 mereka, memang menakjubkan apabila human trafficking dan household income nie tak setara... Syukur alhamdulillah, kita di Malaysia ni masih boleh hidup senang lenang...
Kami Dah Sampai! |
Pak Mad Supir |
Balik pada cerita barang jualan di toko nie, kat sini menjual kain2 ela untuk buat jubah, baju kurung dan yang sewaktu dengannya.. Dari sumber orang2 Malaysia yang kebetulan kami jumpa di sana memberitahu harga diorang nie memang murah dari Pasar Baru. So apa lagi ahli rombongan, SERBUUUUU!!!!
Pilih, Jangan Tak Pilih! |
So setelah harga ratusan ribu ringgit (bunyik macam banyak je kan??) di sini, kami menuju ke destinasi kedua iaitu:
2. Jalan Chibaduyut
Destinasi seterusnya ialah Jalan Chibaduyut. Harap2 BP mampu mengeja nama nie dengan betul... terbelit lidah nak menyebutnya.. hahaha.. Kalau ikotkan semua ahli rombongan dah tak sabar nak ke Pasar Baru. Cuma Pak Supir ajak singgah sini dulu, sebab berdekatan je dengan Jalan Kopo tempat kami beli kain sebelumnya.
Anyway, kat sini adalah syurga buat peminat2 barangan berasaskan kulit. U name it! Nak kasut? baju? topi? Selipar? semua ada di sini. Siap boleh bagi diskaun lagik beb! Sepanjang jalan kat sini, dan tawar menawar boleh di lihat di mana2.. BP tak beli pape pun.. pasal xminat.. hehehe
Selesai mencuci mata di sini, kami pun mintak la pak supir membawa kami makan. BP tak ingat apa nama restoran dia. tapi memang best masakan dia. And kita orang Malaysia sekali sekala berubah rasa apa salahnya ye tak? heee
Adoi, sedapnya |
Ni meja orang lain ni |
Adoi, BP sudah kenyang.. hehehe! |
3. Pasar Baru Trade Centre
Kota Bandung - Dari Atas Pasar Baru Trade Centre |
Tengok JE! |
4. TOKO 3
Destinasi seterusnya kami menuju ke Toko 3. Antara gedung membeli belah buat sesiapa yang gemarkan jeans. Salah satu outlet yang tak pernah kurang pengunjung dari pagi sampai ke malam.
Jenama2 jeans seperti levi's, lee, lois dan macam2 lagi boleh di dapati di sini. Kaunter jeans levi's paling ramai orang. Pasal memang sangat2 murah. lebih kurang 50% murah jika di bandingkan harga di sini. JPO pun xleh lawan weh! Cuma kalau design atau model jeans tu BP kurang arif la. Tapi bagi BP selagi ia nya levi's dan murah. Peduli apa off-season fashion pun. Alah membeli, menang memakai! heeeeeheeee

5. Jalan Riau
Pukul 8.30 malam kami mengunjungi Jalan Riau antara tempat tumpuan kaki2 shopping di bandung nie. Turun je kereta BP dah dapat lihat deretan Factory Outlet di kiri dan kanan jalan. So kat sini pun BP cuci mata jer. Yealah badan pun dah letih, perot pun dah lapar. Hehehe
Kedai Mr Bean? |
Lily Rose FO |
Heritage FO |
Depa nie memang cool! Aktif!! |
Selepas puas berjalan untuk hari yang pertama, BP dan ahli rombongan yang lain pulang ke hotel. Hari pertama memang memenatkan, baru pukul 10 malam mata dah berat.
Malam tu kami makan bekalan makanan yang kami bawa dari Malaysia jer. Roti, Megi, Biskut... Semua sedap lapar punya pasal! hehehe... Lagi satu nak jimat duit and masing2 dah aim apa nak beli on the next day! hahaha
So nantikan entri seterusnya daripada BP. As Salam!
Adios!
BP
Klik link di bawah untuk entry-entry berkenaan Bandung Gateway...
1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 4
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 5
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.