Thursday, April 25, 2013

Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3



Salam...

Dalam entry sebelum ni BP update kami berjalan2 ke tumpuan beli belah di Kota Bandung. Hari ke 3 kami semua decide nak berjalan2 makan angin plak. Plan awal kami nak ke Tangkuban Parahu. Nasib kami kurang baik, letusan-letusan kecil berlaku masa kami datang tu. Aktiviti lawatan ke Tangkuban Parahu terpaksa kami lupakan.

Then pak supir bagi cadangan supaya kami pergi ke Kawah Putih. Menurut kata pak supir ini, tempat ni sejuk. Ala-ala genting highland! Eh, mana plak pak supir ni tau Genting Highland? hahahha...

1. Kawah Putih Ciwidey Bandung

Atas nasihat pak supir, kami bergerak awal ke Kawah Putih. Jauh jugak dari hotel kami menginap. BP sempat 'krooh-krooh' la jugak.. hahaha.. Anyway, Kawah Putih ni terletak di kawasan tanah tinggi. Sepanjang perjalanan ke sini anda semua boleh menikmati teres-teres tanama sayur-sayuran,padi bukit dan bunga-bunga. Lebih kurang macam dekat Cameron Highland la jugak... Cuaca juga agak sejuk..


Sawah Padi



RnR kot..


Gedebak, gedebuk sedau2 eheh!! There u are, kami dah sampai! Bersemangat semua nak ke kawah putih. hehehe!!


Dah Sampai!
Berdekatan kawasan parkir ni banyak warung-warung makan. So BP & family kenala kopi dulu sementara tunggu pak supir belikan kami tiket. So BP jalan2 carik kopi la.. apa laei!! heheh


Kopi Luak
Selesai kena kopi, kami suma bergerak ke tempat menunggu 'angkutan. Untuk pengetahuan, nak ke kawasan Kawah Putih ni kita di galakkan memakir kenderaan persendirian di kawasan parkir yang di sediakan dan pelawat akan menaiki 'angkutan' yang disediakan pihak perhutanan untuk naik ke atas. Tapi kalau nak bawak jugak, boleh. Cuma charge dia lain skit la...

Parkir Di Bawah:
Kenderaan 4 Roda: Rp 6,000
Kenderaan 6 Roda: Rp 25,000

Parkir Di atas:
Roda 2: Rp 5,000
Roda 4: Rp 150,000

Harga Tiket:
Weekend: Rp 16,000
Weekday: Rp 15,000
*Harga tiket termasuk 'angkutan' dari kawasan pakir ke kawah putih.

So pak supir cadangkan supaya park je kat bawah daripada membazir duit. kan? So kami pun tunggulah turn kami...

Sabar tunggu turn nak naik angkutan..

Perjalanan dari tempat pakir bawah ke puncak gunung mengambil masa lebih kurang 15 minit je. Tapi driver-driver angkutan kat sini drive memang ala2 F1 driver! menurut driver angkutan yang kami naik, mereka dibayar pada kadar 'trip' yang mereka bawa. So no wonderlah diorang bawak laju!

So sampai je dah terasa kedinginannya.. and bau belerang. tapi air dia xpanas, pelik kan? Subhanallah.. So bolehlah tengok2 gambar BP amik di sana. Memang sangat lawa!

Kawah Putih, Bandung
Papan Tanda!

Kawah Putih, Bandung
Di kawasan Kawan Putih

Kawah Putih, Bandung
Kawah Putih
Kawah Putih, Bandung
Kawah Putih

Kawah Putih
Oh, kami nak p Kolam Air Panas pulak! JOM!!



2. Air Panas Walini Ciwidey Bandung



Kolam air panas ni terletak lebih kurang 10 minit dari Kawah Putih tadik. Lepas jalan2 di Kawah Putih mandi air panas pulak. Memang seronok la budak2... masa kami sampai tu tempat ni dah padat dengan manusia...
Kolam Mandi 1
Kolam Mandi 2

Scenery 1
Scenery 2
So lepas budak2 mandi, perot pun lapar. So tanya pak supir dan kami di janjikan sajian Sunda petang nie.. Hoorayyy!! * Memang nak test segala sajian di bandung, kalau berkesempatan BP galakkan anda cuba. Pastikan HALAL ye... hehehe

 3. Saung Gawir - Kedai Makan (Sunda)

Saung Gawir

Pulut Udang




Front View
Inside Saung Gawir

Basically masakkan Sunda ni ala2 restoran ayam penyet kalau di KL. Memang kena la tekak dan selera orang kita. Tapi BP suka cara diorang hias kedai makan diorang nie. Memang KELASSSS!!

Pemandangan Dari Saung Gawir

Sambil makan boleh cuci mata. Memang menyergarkan, kiri kanan kedai di terbentang teres-teres tanaman bunga-bunga dan sayuran. Fuhh, perut kenyang, sedap mata memandang. BP cadangkan pegi kedai ni kalau kawan2 ke Bandung.. Aman!!

Lapar? Sempat ambil gambar lagi...



Sudah makan, jam pun dah pukul 5. Bayangkanlah, berapa jam kami menepek di kedai makan nie. Budak2 ni kemain seronok, siap turun ke teres2 tu ambil gambar. Menurut pekerja di sini, owner Saung Gawir nie dan owner ladang sayur kat belakang tu satu keluarga. Pandai kan diorang????

So last destination hari ni ialah JALAN DAGO!


3. Jalan Dago


GLOW in the Dark?


Jalan Dago ni kami jalan x lama pun. Outlet-outlet di sini kurang meriah nak di bandingkan dengan Heritage atau Rumah Mode.

So Dalam sejam kami pusing2 di sini kami pun balik ke hotel. Tunggu entry BP akan datang, kami repeat kunjungan ke Pasar Baru!


Tips:

1) Periksa dan bertanyalah kepada Pak Supir berkenaan cas tambahan yang di kenakan di tempat2 tumpuan pelancong. Sepanjang pemerhatian BP, semuanya duit. Dari parking kenderaan, tahan kenderaan, sampaila fee masuk. So better kita cek kan...

2) Kawah Putih-  di galakkan bawak face mask dan blanket/sweater kerana bau belerang amat kuat dan cuaca di atas sana sangat sejuk.

3) Kolam Air Panas - masuk je ke kawasan kolam air panas korang akan nampak tikar-tikar atas tanah. Ingat, nak 'park' barang2 korang kena bayar tau.. So sediakanlah small change. Kalau xsudi pakai tikar, pondok2 rehat pun ada,sedia untuk di sewa. Akhir kata, semua duit di sini! hahaha...

3) Makanan Sunda - macam ayam penyet di Malaysia je beb. hehe...

4) Jaga barang2 milik anda di kawasan tumpuan ramai. Yang bawak handbag, beg galas letakkan di bahagian depan. Kena seluk, menangis kita.

5) Hati-hati dengan barangan di outlet. Kadang-kadang diorang campur dengan tiruan. Tak nampak tiruan, sebab kebanyakkan kilang2 tu ada di Bandung. heheh

Adios! 

BP


Klik link di bawah untuk entry-entry berkenaan Bandung Gateway...

1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 4
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 5

No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang