Showing posts with label kereta sewa langkawi. Show all posts
Showing posts with label kereta sewa langkawi. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Pulau Langkawi Getaway - Part 2

Salam Blogger,

seperti sedia maklum, BP nak update posting Pulau Langkawi Getaway - Part 1 seperti yang dijanjikan.. hehee

So selepas semalaman berehat, hari pertama di Langkawi kami bermula..walaupun dah penah mai Langkawi, tapi itu 15 tahun lepas.. dkete kabel pun baru satu stesen.. hehe.. so for sure level of curiousity amat tinggi, nak melihat perubahan tempat-tempat wajib dilawati kat area langkawi nie.. hehe

pape pun bergambar dulu eh.. hehehe


LCCT gazebo on the move
Homestay Gazebo Jom-Jom-Jom

So setelah puas posing amik gambar, kami pun bergerak ke Makam Mahsuri.. Menjejaki tinggalan Legenda Pulau Langkawi... Dari homestay nie xlah jauh sangat, lebih kurang 10 minit perjalanan.. Breakfast pun warung depan betul2 depan makam mahsuri.. sorry, gambau makan2 xde, ralat duk layan makanan.. hehehe


so sudah makan, jalan kaki jelah ke makam mahsuri.. kalau tak silap nak masuk bayaran RM 7.00. Buat warga emas dan kanak-kanak dikecualikan..:) so meh lihat gambau kat makam mahsuri nih.. :)

LCCT gazebo on the move
-kota mahsuri- -selamat datang- -lagenda mahsuri-

lagi...


LCCT gazebo on the move
-makam mahsuri- -telaga mahsuri -Rumah Mahsuri-

dan lagi..

LCCT gazebo on the move
-demo kuih tempatan- -posinggg- -Ilustrasi mahsuri-

so setelah penat berjalan, kami pun 'check out' dari makam mahsuri menuju ke Galeri perdana..


gambar-gambar di Galeri Perdana akan bersambung di entry Pulau Langkawi Getaway - Part 3... hehehe....


Thursday, May 24, 2012

Pulau Langkawi Getaway - Part 1

Salam Blogger, Pulau Langkawi, sememangnya tumpuan masa cuti-cuti sekolah ni kan.. hehe TAPI, kami dah p dah last few weeks, semata2 nak mengelakkan 'harga musim cuti sekolah'.. heheh

so, bertemakan "Get Along Together", memang percutian ini kami (BP dan Ms BP) plan dah lama. Taklah ramai ahlinya sangat kali ni, tapi cukup syok berjalan2..bak kata Channel Astro Ceria - "untuk kita-kita ajer" hehe.. Berbelanja pun yang termampu sahaja.. hehehe leh caya ke??

PELEPASAN dan KETIBAAN

Tepat jam 9.15 malam, kami pun betolaklah dari KLIA menuju ke Langkawi. Bersama Penerbangan Tambah Murah Nasional - Air Asia, kami menerima sambutan dan penghargaan kelas pertama dari pihak Air Asia

LCCT AirAsia Flight AirAsia Flight
LCCT Inside Flight Flight Seats

Penerbangan lebih kurang 45 minit, akhirnya kami tiba di Langkawi. Alhamdulillah, seperti yang di janjikan oleh penyewa homestay, kami berjaya check in lebih kurang pukul 11 malam

LGK ARRIVAL LANGKAWI AIRPORT Langkawi Airport
Pose! LANGKAWI Airport Looking For Taxi?

HOMESTAY

Sepanjang 4 hari 3 malam di sana, kami menyewa sebuah homestay di Taman Sentosa, Ulu Melaka. Lokasi yang strategik, hanya 15 minit ke Pekan Kuah dan 10 minit ke Pantai Cenang. So kalau ada yang berminat, saya boleh rekomenkan. Takde komisen tau, ikhlas nak tolong kawan2 blog jer..

Arakian ceritanya, kami amiklah satu MPV dan satu Compact Car pakej sekali dengan homestay. So harga berbaloi, kenderaan pun baru lagi.. hehe..

avanza myvi Langkawi Makan2
Avanza Myvi makan time!

gambar rumah xde kan? pasal akan menyusul di entry seterusnya ... hehehe

Adios! :)

BP

Blogbuster Campaign - by Nuffnang