Thursday, May 24, 2012

Pulau Langkawi Getaway - Part 1

Salam Blogger, Pulau Langkawi, sememangnya tumpuan masa cuti-cuti sekolah ni kan.. hehe TAPI, kami dah p dah last few weeks, semata2 nak mengelakkan 'harga musim cuti sekolah'.. heheh

so, bertemakan "Get Along Together", memang percutian ini kami (BP dan Ms BP) plan dah lama. Taklah ramai ahlinya sangat kali ni, tapi cukup syok berjalan2..bak kata Channel Astro Ceria - "untuk kita-kita ajer" hehe.. Berbelanja pun yang termampu sahaja.. hehehe leh caya ke??

PELEPASAN dan KETIBAAN

Tepat jam 9.15 malam, kami pun betolaklah dari KLIA menuju ke Langkawi. Bersama Penerbangan Tambah Murah Nasional - Air Asia, kami menerima sambutan dan penghargaan kelas pertama dari pihak Air Asia

LCCT AirAsia Flight AirAsia Flight
LCCT Inside Flight Flight Seats

Penerbangan lebih kurang 45 minit, akhirnya kami tiba di Langkawi. Alhamdulillah, seperti yang di janjikan oleh penyewa homestay, kami berjaya check in lebih kurang pukul 11 malam

LGK ARRIVAL LANGKAWI AIRPORT Langkawi Airport
Pose! LANGKAWI Airport Looking For Taxi?

HOMESTAY

Sepanjang 4 hari 3 malam di sana, kami menyewa sebuah homestay di Taman Sentosa, Ulu Melaka. Lokasi yang strategik, hanya 15 minit ke Pekan Kuah dan 10 minit ke Pantai Cenang. So kalau ada yang berminat, saya boleh rekomenkan. Takde komisen tau, ikhlas nak tolong kawan2 blog jer..

Arakian ceritanya, kami amiklah satu MPV dan satu Compact Car pakej sekali dengan homestay. So harga berbaloi, kenderaan pun baru lagi.. hehe..

avanza myvi Langkawi Makan2
Avanza Myvi makan time!

gambar rumah xde kan? pasal akan menyusul di entry seterusnya ... hehehe

Adios! :)

BP

Blogbuster Campaign - by Nuffnang