Monday, April 23, 2012

BERSIH 3.0 ... Apa Yang Patut Kita Tahu ??

KENAPA BERSIH 3.0?

Memetik dr blog rasmi BERSIH 3.0, BERSIH 3.0 di perlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Apa2 pun mari kita tengok apalah yang dituntut sangat oleh mereka yang suci lagi bersih nie yea...

TUNTUTAN BERSIH 3.0

1) Bersihkan Senarai Undi

2) Mereformasikan Undi Pos

3) Gunakan Dakwat Kekal

4) Akses Media Bebas & Adil

5) Masa Kempen Minima 21 Hari

6) Kukuhkan Institusi Awam

7) Hentikan Rasuah

8) Hentikan Politik Kotor

Buat makluman bakal peserta demo BERSIH 3.0, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meneliti dan seterusnya melaksanakan 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Walaupun tidak semua 8 tuntutan di atas di jawab pihak kerajaan, namun langkah2 yang di ambil menunjukkan reaksi positif kerajaan dalam menambahbaik proses plihanraya di negara ini.

Perincian di sini dan di sini

Demonstrasi Jalanan (walaupun hanya duduk dan diam!) mengundang lebih banyak kesan buruk dari yang baik. Banyak golongan yang bakal terjejas. Antaranya:

1) Anggota Keselamatan - polis, tentera, bomba, pegawai perubatan.
- cuti di bekukan, semua anggota diletakkan dalam berjaga2, sekatan jalan raya diperhebat, kawalan keselamatan di perketatkan

2) Peniaga-peniaga kecil, penjaja di sekitar tapak demonstrasi

3) Para pemandu teksi, bas dan seluruh kaktitangan pengangkutan awam

4) Orang Awam
- pergerakan terbatas, kesesakan lalu lintas.

5) Anak anak kecil dan pelajar IPTA
- kejutan bagi kita semua kerana 2 golongan ini di heret sekali semasa demontrasi Bersih 2.0 yang lalu. Dijangka, golongan ini akan terus menerus di peralatkan pada demo yang akan datang ini.

6) Industri Pelancongan
Para pelancong akan menukar haluan percutian ke negara ini bimbangkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini memberikan imej tidak baik kepada sektor pelancongan negara.

Akhir kata pada pandangan BP, demonstrasi seperti Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya akan mensabotaj imej dan keharmonian negara kita. Segala tuntutan dan keinginan boleh di sampaikan melalui rundingan meja bulat, tanpa perlu berdemo di jalanan.


SAYA BANTAH DEMO JALANAN 100%

Adios! :)

BP

No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang