Thursday, April 19, 2012

Isteri Maut. Al-Fatihah: Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat

Semalam,18/04/2012, seluruh warga DBS(2000-2003) dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang sahabat kami, Mohd Ridzwan Misran dan isteri Norhana Nuruddin (DIS 2000-2003). Diberitakan akibat kejadian tersebut, saudara Ridzwan kehilangan isteri tersayang dan beliau sendiri patah kaki dan menjalani pembedahan memasukkan besi di HUKM semalam.

Memetik fakta kejadian dari blog ONDSCENE, motor saudara Ridzwan telah melanggar belakang sebuah lagi motor skuter semasa melalui Lebuhraya KL-Seremban berdekatan DESA PETALING. Akibat pelanggaran tersebut motor yang ditunggangi beliau dipercayai hilang kawalan; menyebabkan beliau dan isterinya yang membonceng di belakang terjatuh di atas jalan. Sebuah kenderaan dipercayai lori tidak sempat mengelak dan melanggar kepala Allahyarhamah Norhana dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

Saya memohon kepada saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan dalam mengesan lori yang menggilis mangsa.Semoga Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Buat saudara ridzwan, semoga lebih tabah menghadapi ujian Allah SWT ini. Dari Allah kita datang, dan pada Allah kita kembali.Insyaallah.

Photo dan berita kredit to blog ONDSCENEdan FB Hafiz Rois Selangor

No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang