Tuesday, May 7, 2013

Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 4


Salam semua!

So dalam entry kali ini BP akan sambung pengembaraan kami di kota bandung. Se awal pukul 10 pagi kami dah sampai di Pasar Baru. Yealah, dekat je pun dalam 5 minit dah sampai. hehehe.. Cuma hari ni Pak Supir akan bawak kami lunch di Restoran Kampung Daun. Salah satu faveret place untuk para pelancong di Bandung.

1) Pasar Baru Trade Centre

Cantik tak? Murah2 je nie.. hehe

Basically Pasar Baru ni memang berhantu beb! in a sense of tarikkan dia.. bayangkanlah, dari awal pagi sampai tutup kedai. So hari ke 3 ni memang kami akan spend half day di Pasar Baru nie. So awal pagi seperti biasa pukul 9 kami dah check in di sini.

Kepada yang nak datang ke sini,elok kita usyar floor map Pasar Baru nie.

Bandung
Floor Map Pasar Baru

GF & 6F- Menjual Barangan kasut2 dan handbag
1F &2F - Menjual kain-kain - kain ela,kain lace dan bermacam kain lagi! 
3F - Menjual kain berasaskan batik
4F - Barangan Kelengkapan Haji dan Busana Muslimin/Muslimah
5F - Menjual Jeans

So total ada 6 tingkat kami tempuhi ari tu. Fuhh, daripada jubah sampailah ke souvenier kami jejaki. Anyway, bertawar2 la harga kalau nak shopping kat sini. Diorang memang letak harga agak tinggi. Tapi mereka open kalau kita nak tawar harga! hehehe

So cucilah mata2 anda snapshot BP dapat di Pasar Baru. HEHE

Tudung

Kain Ela - Lace & Sutera

Kain Batik

Baju-baju moden & Kain Ela

INGATAN buat semua bakal2 shoppers di Bandung, titipan di bawah di bawakan khas oleh pihak berkuasa  di Pasar BAru Trade Centre. Jagalah tas tangan anda! hehe

PERINGATAN!
2) Restoran Kampung Daun



Restoran Kampung Daun

Selepas puas menshopping, kami bergerak ke salah satu tempat makan promote by pak supir. Khabarnya kedainya cantik, unik dan makanan diaorang sedap-sedap. Perjalanan dari kota Bandung mengambil masa lebih kurang 40 minit jugak. Menurut pak supir, restoran nie dah tak jauh dari Tangkuban Parahu, salah satu tourist spot yang BP penah nyatakan dalan entry sebelum nie.

Lanskap
Sesampainya kami di sini, BP terkejut dengan betapa cantikmya ambiance di kawasan makan ini. Menurut pekerja di sini, kedai makan nie antara tumpuan utama pelancong yang datang ke kota bandung.

Beroperasi lebih 5 tahun, kedai makan nie didirikan di dalam kawasan persendirian dan berkonsepkan 'makan dalam hutan'! hehehe...



Pondok-pondok kecil
Pondok-pondok kecil di litupi landskap asal hutan hujan memberikan imej dan rehat-minda kepada pengunjung.

Loceng kecil di sediakan di setiap pondok2 kecil ini bertujuan untuk memanggil pelayan restoran.




Ruang Makan


Memang relax abih la BP rasa berapa di kedai makan nie.. hehehe...


So sudah order? tunggu jelah makanan sampai... hehe

Nampak tak alas duduk yang ala2 toto tu? fuhh, BP lipat elok2, kasi baring.. hehehe... gambar BP baring xde, sensored! hehe

Laluan Pelayan Restoran
Masa tunggu makanan sampai, nampaklah dua tiga orang pelayan lalu lalang bawak dulang.

Rupa2 nya disebabkan kawasan restoran yang besar, restoran ni mempunya dua kitchen. Satu berada di kawasan atas, dan satu di kawasan bawah.

Bagi satu2 masa, di khabarkan restoran ini mempunyai 100 lebih orang petugas terutama bila ada majlis besar2! WOW!

Jemput Makan
So makanan pun dah sampai. Dengan lafaz Bismillah, BP pun menyantaplah... hehe

So kalau food pulak, di sini BP boleh katakan chef di sini memberi sentuhan kontemporari dengan menyatukan tema barat di dalam local dish mereka.

Hish nak terangkan pun susahlah, baik korang mai test sendiri! hehehe



We Are Here!

Dah sudah makan, lebih kurang pukul 5 petang kami berangkat pulang ke kota bandung. Destinasi seterusnya, RUMAH MODE

3) Rumah Mode


Rumah Mode
Destinasi terakhir kami ialah Rumah Mode. Rumah Mode antara Factory Outlet (FO) yang menawarkan pakai berjenama yang terkenal di Kota Bandung. Memang tak sah kalau x kesini!

Di sebabkan kami sampai pun dah malam, so BP duduk luar je. Melayan bebudak.. hehe

So lebih kurang pukul 9 kami bertolak pulang ke hotel. Fuhh letih beb, tapi memang puas ati! hehe

Tips:

a) Pasar Baru

Pastikan korang sampai awal. kebanyakan pekedai di sini panggil 'harga pecah telur'. Harga murah untuk customer terawal mereka.. Early Bird la kata omputih! hehe

b) Restoran Kampung Daun

Tempat ni jauh dari kota bandung. So rancanglah perjalanan anda, kalau tak machet yang menungggu! hehehe

c) Rumah Mode

Hati2 membeli belah di sini. kerana ada komen dari pak supir mengatakan barang2 di sini di campurkan dengan barang2 local gred AAA.

Adios!

BP


Klik link di bawah untuk entry-entry berkenaan Bandung Gateway...

1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 5

IKLAN:


Blogbuster Campaign - by Nuffnang