Salam semua!
So dalam entry kali ini BP akan sambung pengembaraan kami di kota bandung. Se awal pukul 10 pagi kami dah sampai di Pasar Baru. Yealah, dekat je pun dalam 5 minit dah sampai. hehehe.. Cuma hari ni Pak Supir akan bawak kami lunch di Restoran Kampung Daun. Salah satu faveret place untuk para pelancong di Bandung.
1) Pasar Baru Trade Centre
Cantik tak? Murah2 je nie.. hehe |
Kepada yang nak datang ke sini,elok kita usyar floor map Pasar Baru nie.
Floor Map Pasar Baru |
GF & 6F- Menjual Barangan kasut2 dan handbag
1F &2F - Menjual kain-kain - kain ela,kain lace dan bermacam kain lagi!
3F - Menjual kain berasaskan batik
4F - Barangan Kelengkapan Haji dan Busana Muslimin/Muslimah
5F - Menjual Jeans
So total ada 6 tingkat kami tempuhi ari tu. Fuhh, daripada jubah sampailah ke souvenier kami jejaki. Anyway, bertawar2 la harga kalau nak shopping kat sini. Diorang memang letak harga agak tinggi. Tapi mereka open kalau kita nak tawar harga! hehehe
So cucilah mata2 anda snapshot BP dapat di Pasar Baru. HEHE
Tudung |
Kain Ela - Lace & Sutera |
Kain Batik |
Baju-baju moden & Kain Ela |
INGATAN buat semua bakal2 shoppers di Bandung, titipan di bawah di bawakan khas oleh pihak berkuasa di Pasar BAru Trade Centre. Jagalah tas tangan anda! hehe
PERINGATAN! |
Restoran Kampung Daun |
Selepas puas menshopping, kami bergerak ke salah satu tempat makan promote by pak supir. Khabarnya kedainya cantik, unik dan makanan diaorang sedap-sedap. Perjalanan dari kota Bandung mengambil masa lebih kurang 40 minit jugak. Menurut pak supir, restoran nie dah tak jauh dari Tangkuban Parahu, salah satu tourist spot yang BP penah nyatakan dalan entry sebelum nie.
Lanskap |
Beroperasi lebih 5 tahun, kedai makan nie didirikan di dalam kawasan persendirian dan berkonsepkan 'makan dalam hutan'! hehehe...
Pondok-pondok kecil |
Loceng kecil di sediakan di setiap pondok2 kecil ini bertujuan untuk memanggil pelayan restoran.
Ruang Makan |
Memang relax abih la BP rasa berapa di kedai makan nie.. hehehe...
So sudah order? tunggu jelah makanan sampai... hehe
Nampak tak alas duduk yang ala2 toto tu? fuhh, BP lipat elok2, kasi baring.. hehehe... gambar BP baring xde, sensored! hehe
Laluan Pelayan Restoran |
Rupa2 nya disebabkan kawasan restoran yang besar, restoran ni mempunya dua kitchen. Satu berada di kawasan atas, dan satu di kawasan bawah.
Bagi satu2 masa, di khabarkan restoran ini mempunyai 100 lebih orang petugas terutama bila ada majlis besar2! WOW!
Jemput Makan |
So kalau food pulak, di sini BP boleh katakan chef di sini memberi sentuhan kontemporari dengan menyatukan tema barat di dalam local dish mereka.
Hish nak terangkan pun susahlah, baik korang mai test sendiri! hehehe
We Are Here! |
Dah sudah makan, lebih kurang pukul 5 petang kami berangkat pulang ke kota bandung. Destinasi seterusnya, RUMAH MODE
3) Rumah Mode
Rumah Mode |
Di sebabkan kami sampai pun dah malam, so BP duduk luar je. Melayan bebudak.. hehe
So lebih kurang pukul 9 kami bertolak pulang ke hotel. Fuhh letih beb, tapi memang puas ati! hehe
Tips:
a) Pasar Baru
Pastikan korang sampai awal. kebanyakan pekedai di sini panggil 'harga pecah telur'. Harga murah untuk customer terawal mereka.. Early Bird la kata omputih! hehe
b) Restoran Kampung Daun
Tempat ni jauh dari kota bandung. So rancanglah perjalanan anda, kalau tak machet yang menungggu! hehehe
c) Rumah Mode
Hati2 membeli belah di sini. kerana ada komen dari pak supir mengatakan barang2 di sini di campurkan dengan barang2 local gred AAA.
Adios!
BP
Klik link di bawah untuk entry-entry berkenaan Bandung Gateway...
1. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 1
2. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 2
3. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 3
4. Bandung Gateway - Cerita, Tips & Gambar Part 5
IKLAN:
No comments:
Post a Comment
Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.