Monday, April 30, 2012

Jalan Besar? Sama besar je aku tengok!

No Flush Require?

Pengangkutan Bas Ke Singapore - Ramai tak tahu

Salam Blogger,


Harini BP nak masuk Singapore naik bas. Lawa bas nyer, siap aircond, seat baru (sempit sket la,al maklumlahhhh... Hehehe), pemandu ramah tamah..


Cerita pasal naik bas ke singapore teringat memula dulu. First time naik, PEGHAK xtentu pasal.. Hehehe.. So after Kastam checkpoint, turun-turun bas yang BP naik dah ilang. Ingatkan dia tunggu bas penuh baru jalan. Rupanya main agak2 jer.. Hampeh.. So apa lagi, naik jelah bas mana2 yang ade. Dah xjimat ye tak? Dua kali bayar...


So, kalau nak naik bas pastikan CEPAT. Jangan duk makan angin kat Kastam checkpoint cam BP buat dlu.. Kalau larat lari,berlari.. BP xlarat, hehehehe


So pape pun,kepada yang bekerja selamat bekerja. Yang cuti, selamat bercuti.


Peace MALAYSIA!


BP

Bilik Penginapan Rooms??? Apa ni?

Salam Blogger,


Arinie BP di JB,jalan2 makan angin.so tgk picture di atas, tolong komenkan eh? Hehehe


Peace. Malaysia!


BP

Saturday, April 28, 2012

Gambar BERSIH

Dari sibuk sorak BERSIH, baik cuci kereta. BERSIH jugaaaaa...


Hehehehe


Adios! :)


BP

Friday, April 27, 2012

Sijil Halal - Hanya JAKIM Boleh Mengesahkan

Salam Blogger


Sedar atau tidak, hanya segelintir dari kita yang menitik-beratkan status halal kedai2 makan yang banyak terdapat di pusat membeli-belah di KL ni.


Macam logo halal di atas, ternyata meragukan. Logo halal di malaysia hanya akan di keluarkan oleh pihak JAKIM dan bukannya 'MALAYSIA' seperti tertera di dalam logo ini. Jangan terpedaya dengan ejaan jawi halal. Setakat jawi, pemahat batu nesan berbangsa cina di pekan kuala selangor pun boleh buat... :)


Gambar di atas baru saya ambil di DEPAN sebuah premis nasi ayam popular di dalam pusat beli belah subang parade,subang jaya,selangor.



So buat pedoman,pikir2kanlah.. :)



Adios! :)



BP

BERSIH 3.0: DATARAN MERDEKA DI TUTUP - ARAHAN MAHKAMAH DI PEROLEHI

Salam Blogger,

Mulai hari ini (27/04/2012, 0600 hours), Dataran Merdeka dan jalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup.

Satu perintah mahkamah diperolehi tengahari ini:

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Berita Terperinci disini dan sini

orang awam dan yang tidak terlibat di harap menjauhi lokasi seperti di bawah:

TOLAK DEMONSTRASI JALANAN!

Adios! :)

BP

Wednesday, April 25, 2012

WORDLESS #3

WORDLESS #2

Tuesday, April 24, 2012

Sapa Kata kerja JURUFOTO Gambar Senang?

Credit to source from Acid Row.

Adios! :)

BP

TIBAI vs CIBAI (Mencarut ke aku ni ????)

Mencarut? Tidakkkkkk! Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim TIBAI dilancar 8.00 MALAM 22 APRIL 2012 (AHAD)di KELAB SULTAN SULAIMAN, KUALA LUMPUR. Acara perasmian penuh simbolik di rasmikan oleh Tuan Presiden PERKASA MALAYSA, YB DATUK IBRAHIM HAJI ALI.

Moh kita tengok sapa lah agaknya TIBAI-ian nie ek??

Memetik berita dari blog PAPAGOMO.COM, Kelab TIBAI, atau dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)sanggup berjuang berhabis-habisan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya dari arus politik perdana. Bercerita mengenai penubuhan kelab ini, Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata matlamat utama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada pilihanraya umum yang akan datang.

TIBAI ditubuhkan sebagai tindakbalas ura-ura penubuhan kelab CIBAI atau Cintai Insan Bernama Anwar Ibrahim. Agak sadis dan feminin nama kelab ni. Aduyai.. kot yea pun nak cinta-mencintai, pilihlah nama lain. Tak mulus, tak tulus, tak lulus..FOUL!

Gambar kredit to PAPAGOMO dan MAT KILAU PENANG

SMARTTAG ke SEMAK-TAG

Salam Blogger,


Gambar di atas,lazim kita lihat berhampiran plaza2 tol di Malaysia tercinta ini.. Di sediakan untuk perkhidmatan pembayaran yang lebih lancar dan efektif.


Namun,kadangkala lebih menyusahkan!


Bayangkan, beli alat SMARTTAG tu dah RM120.00, beli topup TouchNGo kurang2 RM30.00, tapi stuck jugak kat lorong SMARTTAG. Kena rebes2 lagik,hon2 panggil pegawai tol yang bertugas. Lebih lama downtime berbanding laluan tunai..Ape Celop Brooooo! Ape Celop Brooooo! Ape Celop Brooooo!!!!


Bertimbang rasalah semasa memandu,anda mampu mengubahnya!!!! :)


Adios! :)


BP

Monday, April 23, 2012

BERSIH 3.0 ... Apa Yang Patut Kita Tahu ??

KENAPA BERSIH 3.0?

Memetik dr blog rasmi BERSIH 3.0, BERSIH 3.0 di perlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Apa2 pun mari kita tengok apalah yang dituntut sangat oleh mereka yang suci lagi bersih nie yea...

TUNTUTAN BERSIH 3.0

1) Bersihkan Senarai Undi

2) Mereformasikan Undi Pos

3) Gunakan Dakwat Kekal

4) Akses Media Bebas & Adil

5) Masa Kempen Minima 21 Hari

6) Kukuhkan Institusi Awam

7) Hentikan Rasuah

8) Hentikan Politik Kotor

Buat makluman bakal peserta demo BERSIH 3.0, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah meneliti dan seterusnya melaksanakan 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Walaupun tidak semua 8 tuntutan di atas di jawab pihak kerajaan, namun langkah2 yang di ambil menunjukkan reaksi positif kerajaan dalam menambahbaik proses plihanraya di negara ini.

Perincian di sini dan di sini

Demonstrasi Jalanan (walaupun hanya duduk dan diam!) mengundang lebih banyak kesan buruk dari yang baik. Banyak golongan yang bakal terjejas. Antaranya:

1) Anggota Keselamatan - polis, tentera, bomba, pegawai perubatan.
- cuti di bekukan, semua anggota diletakkan dalam berjaga2, sekatan jalan raya diperhebat, kawalan keselamatan di perketatkan

2) Peniaga-peniaga kecil, penjaja di sekitar tapak demonstrasi

3) Para pemandu teksi, bas dan seluruh kaktitangan pengangkutan awam

4) Orang Awam
- pergerakan terbatas, kesesakan lalu lintas.

5) Anak anak kecil dan pelajar IPTA
- kejutan bagi kita semua kerana 2 golongan ini di heret sekali semasa demontrasi Bersih 2.0 yang lalu. Dijangka, golongan ini akan terus menerus di peralatkan pada demo yang akan datang ini.

6) Industri Pelancongan
Para pelancong akan menukar haluan percutian ke negara ini bimbangkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini memberikan imej tidak baik kepada sektor pelancongan negara.

Akhir kata pada pandangan BP, demonstrasi seperti Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 hanya akan mensabotaj imej dan keharmonian negara kita. Segala tuntutan dan keinginan boleh di sampaikan melalui rundingan meja bulat, tanpa perlu berdemo di jalanan.


SAYA BANTAH DEMO JALANAN 100%

Adios! :)

BP

Saturday, April 21, 2012

Warung makan milik SYABAS ke ni??

Salam Blogger,


Terdahulu ribuan terima kasih buat pelayar2 internet kerana sudi menjengah blog hamba yang xseberapanya ini. Heheh....


Balik kepada gambar di atas. Sekali tengok, macam kedai makan milik Syarikat Bekalan Air Selangor ( SYABAS ). Siap dengan khemah, beratap zink lagi..


Tapi inilah realitinya, sebuah warung makan dibina di tanah rizab milik kerajaan di tepi Jalan Cheras-Kajang. Nasib baik diorang xmodified kotak SYABAS tu jadik meja!


Cakap banyak pun tak guna, so fikir2 kan lah..hehehe


Adios! :)


BP

Thursday, April 19, 2012

AWAS! Lembu Melintas

AWAS! Lembu melintas!

Senario biasa di kampung2 tapi agak luar biasa di kawasan industri. Tanpa menghiraukan bahaya buat pengguna jalan raya, sang gembala lembu senang lenang melepaskan haiwan ternakan meragut rumput di padang rumput yang terletak bersebelahan jalan.

Bahaya yang bakal mengundang pengguna jalan raya tidak kira penunggang motosikal atau pemandu kereta.

Pada 16/04/2012 Akhbar KOSMO! melaporkan kejadian penunggang motosikal maut setelah motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu di Kemaman, Terengganu. Berita penuh Di Sini

Jadi, malang tidak berbau! Berhati-hati dan bertimbang rasa di jalan raya,anda mampu mengubahnya!

Adios! :)

BP

Isteri Maut. Al-Fatihah: Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat

Semalam,18/04/2012, seluruh warga DBS(2000-2003) dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang sahabat kami, Mohd Ridzwan Misran dan isteri Norhana Nuruddin (DIS 2000-2003). Diberitakan akibat kejadian tersebut, saudara Ridzwan kehilangan isteri tersayang dan beliau sendiri patah kaki dan menjalani pembedahan memasukkan besi di HUKM semalam.

Memetik fakta kejadian dari blog ONDSCENE, motor saudara Ridzwan telah melanggar belakang sebuah lagi motor skuter semasa melalui Lebuhraya KL-Seremban berdekatan DESA PETALING. Akibat pelanggaran tersebut motor yang ditunggangi beliau dipercayai hilang kawalan; menyebabkan beliau dan isterinya yang membonceng di belakang terjatuh di atas jalan. Sebuah kenderaan dipercayai lori tidak sempat mengelak dan melanggar kepala Allahyarhamah Norhana dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

Saya memohon kepada saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan dalam mengesan lori yang menggilis mangsa.Semoga Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Buat saudara ridzwan, semoga lebih tabah menghadapi ujian Allah SWT ini. Dari Allah kita datang, dan pada Allah kita kembali.Insyaallah.

Photo dan berita kredit to blog ONDSCENEdan FB Hafiz Rois Selangor

Wednesday, April 18, 2012

WORDLESS #1

Waktu Pejabat - Sampai 3 tu!

Salam Blogger,

Hari panas, tekak haus,perut lapar.. Keje tetap keje kan? Walau apa pun berlaku...hehehe..

Waktu kerja 8.5 jam atau 9 jam setiap hari wajar dipatuhi setiap pekerja yang makan gaji.. Majikan pula,semampu mungkin memberikan keselesaan waktu kerja kepada pekerja.

Tapi,xkan sampai 3 waktu kerja berlainannn??? Letih woo nak Jabatan Sumber Manusia nak cek kedatangan! Hahahahaaha...

Apa2pun,selamat bekerja. Anda semua penggerak ekonomi negara!


Adios! :)

BP

Tuesday, April 17, 2012

Tampan Bergaya - Proton Prevee

Semalam, Perdana Menteri Malaysia melancarkan model terbaru proton, PROTON PREVE di seri kembangan, Selangor

Detail berita boleh didapati disini

Sedar tak sedar, rata-rata rakyat malaysia memandu kereta jenama Proton sebagai Kereta Pertama sebelum mampu beralih ke model-model luxury car (itupun kalau mampu la kan?).

Terima Kasih Perusahan Otomobil Nasional (PROTON)! Sokonglah barangan buatan MALAYSIA! hehehhe

Nah, layan dulu gambar2 Proton Preve ni sebelum kita berlari ke showroom berdekatan untuk test drive!hehe

Gambar kredit to Yastro Online

Karya Agung Seniman Negara- Tan Sri P.Ramlee

Telatahnya, gelagatnya malahan dialognya sentiasa meniti bibir para peminat hasil karya Seniman Agung Malaysia, Tan Sri P. Ramlee.

Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi hanyalah sedikit yang dapat saya sebutkan di antara dereten filem karya lagenda kesayangan malaya ini.

Entah kenapa, walau berulang kali menonton babak yang sama; kita masih mampu tergelak dan tersenyum menontonnya. Cerita2 yang dekat dengan kita,menjadikan filem2 Tan Sri P.Ramlee malar segar di hati penonton.

Al-Fatihah buat roh P.Ramlee,semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.Amin. Hilang mu tidak berganti. Semoga karya yang ada menjadi 'penyuluh' para penggiat seni generasi baru.

Adios! :)

BP

* Gambar Ihsan dari Slot PODIUM, RTMTV2, LAKSAMANA DOREMI.

Sunday, April 15, 2012

Deejay Kenduri Kahwin

Salam Blogger,


Dalam kemeriahan majlis kenduri kahwin di kampung2, kita dihiburkan lagu2 'penyedap' telinga.

Di sebalik keriangan kita, bertungkus-lumus seorang deejay 'kampung' demi kemeriahan berterusan sepanjang majlis berlangsung.

Tabik spring buat Mr Deejay, u made my day bro!!!!!

Adios! :) BP

Saturday, April 14, 2012

Tayar oh Tayar...

Salam blogger,


Harini cuti,xpayah p kerja. So amik kesempatan pergi kedai tayar. Alignment dah melelong,tayar dah botak so hajat di hati nak tukar tayar baru. Maklumlah, hari2 travel.. Hehehe


So sampai2 je kdai tayar taukeh offer rim second hand. Belek punya belek,timbang tara punyalah lama so jadikla la angkat satu set sport rim.


So kawan2 blogger yang nak beli rim atau tayar pada harga berpatutan,bolehla usyar kedai tayar member saya nie;


Pusat Service Tayar
No 200, Jalan Besar Selayang Indah, 68100 Batu Caves
Tauke: En Rahim aka Ayim


Adios! :)


BP

Asas Fotografi oleh Sifu Kamarul Akhir (KA)

Pada 7/4/2012, aku berkesempatan menghadiri kursus asas fotografi di bawah kelolaan master Kamarul Akhir (KA) bertempat di Millenium Square, PJ. Kamera DSLR dah beli, so kenala pandai pakai ye tak? kalau tak nanti, gambar 'blur' xpasai2 marahkan kamera! hehehe..

Kursus ni merangkumi silibus asas dalam fotografi seperti kawalan 'exposure' dan penggunaan mode asas seperti 'Aperture Priority (Av)', 'Shutter Speed Priority (Tv)' dan 'Mode Manual(M)' sepenuhnya. Jangan lak korang nampak Av,Tv kat kamera korang ingat function nak sama macam kat televisyen lak yea? ehehehehehe...

So overall kursus 5 jam bagaikan tidak cukup apabila dapat belajar dan berkongsi pengalaman orang berpengalaman seperti master KA ni. So kepada para 'canonian', berita baik buat anda semua kerana master(KA)salah seorang instructor di EOS ACADEMY. so kalau nak p jangan lupa ajak, pasal aku pun belom register ahli lagik! hehehehe..

Pape pun let me share few shots on that day, yang aku ambik dengan penuh rasa 'profesional'nya! hahahah!!


Evacuate!


Learn from sifu


Potrait Photo

Adios! :) BP

Apa? Kedai mamak pun dah layan # FOX Movie??

Malam makin larut,tekak haus pulak.. Nak wat air malas (walaupun ada 3-1 sachet dalam kabinet dapuq!... Hehehe),so p kdai mamak jelah..

Sampai je kedai mamak, belom duduk sudah tanya nak minum apa...hati berbunga2, orderlah air kegemaran.. Port depan tv, sekali tgk.. Amboi,mamak layan FOX Movie! Wallauwehhhhhh!! Muka boring aku pun tebal seinci, muka Puan Besar berseri2.. Maklumlah,umah xlanggan channel movie! Hahahaha!!!

* Jangan ingat nak tengok EPL or WWE je tau, mamak lebeh prihatin kehendak pelanggan skrg nie! Heheheh....

Adios!

BP

Friday, April 13, 2012

Keypad

Salam Jumaat,

Hari yang mulia, hari di nantikan semua para pekerja..pasal esok cuti! Hehehehe

Setelah explore dashboard blogspot nie, baru perasan satu setting boleh posting via email. so,ni cubaan pertama posting via email saya ke http://bobbypian.blogspot.com

Adios! :)

Wednesday, April 11, 2012

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah,
ni update pertama aku setelah bertahunnnn lama tidak ber'blog' nih.. Tujuan blog ini aku buat untuk berkongsi apa saja ilmu yang berkaitan fotografi.. apa2 saja.. segala teguran, komen membina sangat2 di hargai...terima kasih dan selamat berblog.. hehehehhe

Blogbuster Campaign - by Nuffnang