Friday, May 3, 2013

PRU 13 - Tips Untuk Pengundi Kali Pertama


Panduan Untuk Pengundi

Salam Blogger2 semua,

Buat semua rakyat Malaysia, ayuhlah kita tunaikan tanggungjawab kita dengan mengundi. Sebagai rakyat yang sayangkan negara kita, perbezaan satu undi boleh menentukan kerajaan yang memerintah! So buat orang muda yang baru pertama kali nak mengundi BP sisipkan Tips untuk perhatian mengkome2 seme...

1) Buat Semakan Daftar Pengundi secara Online

LAWAN WEB www.PRU13.gov.my

Senang je, masuk laman web PRU13, pilih DAFTAR SEMAK PENGUNDI, pastu masukkan No Mykad. So pastikan
a) Nama dan Mykad korang betul
b) Pastikan Pusat Mengundi kat mana
c) Saluran mengundi

So print out je beb, simpan satu salinan. Senang masa hari mengundi nanti. Xpayah nak beratur nak cek nama. Lagi satu, buat yang tak berapa paham apa beza DUN dan PARLIMEN? wakil DUN akan mewakili kita didalam Dewan Undangan Negeri manakal wakil PARLIMEN akan mewakili kita di Parlimen. So senang cakap DUN untuk menentukan kerajaan negeri dan PARLIMEN untuk menentukan kerajaan pusat.

2) Pastikan datang awal ke Tempat Mengundi

Banyak untungnya kalau datang awal ke tempat pembuangan undi. antaranya:

a) Untung2 boleh jumpa calon DUN/PARLIMEN tempat korang nak mengundi tu. Selalunya meke2 ni akan buang undi dulu. Salamla, cium tangan ke.. sambil bisik2 apa yang korang hajati.. hahaha

b) Tak ramai orang, queue pun tak panjang. Cuaca pun xpanas lagi. So boleh relaks sikit

c) Penyokong2 ekstrimis belom sampai lagi kalau korang mengundi awal pagi. So xpayah la dengar mereka memujuk merayu supaya menyokong calon yang mereka suka. INGAT! Keputusan di tangan ANDA! hehhehe

d) Kot-kot salah tempat mengundi,sempat lagi nak mencari beb! Jangan gelak, memang selalu berlaku orang cek nama, tapi nama dia tak ada. TERUS dia salahkan SPR. Padahal? dia salah tempat mengundi. Sampai minggu depan pun cari nama dia tak ada beb! kui kui!!

Dan banyak lagilah kebaikan yang BP xmasukkan di sini.. hehehe

3) Mengundilah dengan berhemah

Akhir sekali, mengundilah dengan berkhemah. Ingatlah, jangan pasal pilihanraya kita membenci sesama sendiri. Hormatilah pendapat dan pendirian orang lain. Pasal apa, UNDI adalah RAHSIA! hahah.. So pic bawah ni untuk penyokong2 yang ekstrem menghentam lawan mereka..... RENUNG2kanlah....


Luaskan Pemikiranmu!

Sumber gambar dan info: Di sini


Adios! 

BP

Blogbuster Campaign - by Nuffnang