Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu - Dinner @ Steamboat Red Wok Restaurant Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

Image Credit to : www.loveguru-srm.blogspot.com


Salam Blogger,


Ahad ke-2 bulan Mei menjadi sambutan Hari Ibu. Memanglah orang kata hari2 adalah hari ibu ye tak? Tapi di pilih satu hari untuk mengiktiraf sumbangan dan jasa kaum ibu di sisi pembangunan sesuatu masyarakat.

Call for Reservation...
Menurut wikipedia : "Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa."

Maka, BP dan Mrs BP telah merancang satu makan malam khas untuk meraikan ibu mertuaku... hehe.. so setelah memikirkan ke mana hala tujuanya, kami memilih untuk ke Red Wok Restaurant yang terletak di Bandar Baru Bangi.




Lokasi?

Front View of Red Wok


Sumber: adwazeye
Makanan?


Adoi, kalau BP nak story memang tak leh listkan di sini. Cuma umumnya BP leh share makanan mereka sedap2 belaka! huhu.. Mereka menyediakan makanan ala-ala seafood yang memang kena dengan selera kebanyakkan pengunjung kat sini. Harga yang ditawarkan berpatutan dan yang paling penting service kat sini  xlah lambat. leh bagi 3.5 'bintang' daripada 5...
Selain masakan seafood, kebanyakkan yang datang ke Red Wok pasti akan tergoda dengan barisan makanan buffet Steamboat & Grill yang diorang sediakan.

Untuk buffet, harga diorang 'cas' seperti berikut:

Steamboat
Dewasa: RM 28.00
Kanak2: RM 17.00

Steamboat & Grill
Dewasa: RM 33.00
Kanak2: RM 22:00

So kanak-kanak yang dimaksudkan di sini ialah kanak-kanak di bawah ketinggian 140cm. kalau lebih harga sama! erkk!! hahaha.. Siyes, di ukur beb!... hehehe

Anyway, BP leh kata memang berbaloi. tak kedekut, sure diorang topup kalau dah abis..

anyway, usyarlah snapshot BP ambil masa kat kdai tadik...










 Untuk ala carte pun xkurang hebatnya....

Tom Yam yummy!!

Sotong Goreng 'Butter'

Broccoli with Oyster Sauce

Tauhu Telur (Tak Ingatla namanya apa... hehe)


Kerapu Stim

Burpp! Alhamdulillah... So buat kawan2 di luar sana.. Mohlah kita raikan ibu2 kita. Alah, setahun sekali bawak deme makan luor.. Xkan xleh yop!

Adios!

BP

Blogbuster Campaign - by Nuffnang