Friday, May 25, 2012

Update Bersih 4.0: 600 orang serbu rumah Ambiga ??

KUALA LUMPUR: Kira-kira 600 orang mewakili dua badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun berhampiran rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di sini, petang semalam, menuntutnya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kumpulan itu turut memohon Ambiga membayar ganti rugi dialami peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman, berikutan perhimpunan BERSIH 2.0 pada tahun lalu dan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Kedua-dua kumpulan itu mewakili BERSIH 4.0 dan HALAU 1.0 berarak di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, bermula jam 4 petang menuju ke kediaman bekas Presiden Majlis Peguam itu untuk menyerahkan nota tuntutan mereka.

Sebelum itu, BERSIH 4.0 mengumumkan membatalkan hasrat membuka gerai di Jalan Setiakasih 1 berikutan tindakan polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup laluan berkenaan.

Penganjur BERSIH 4.0 yang juga Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga dan Penduduk Warga Kota (MBPPWK), Datuk Jamal Md Yunus, berkata nota tuntutan adalah untuk mendesak Ambiga memohon maaf secara terbuka, selain membayar kerugian dialami mereka.

Terdahulu, HALAU 1.0 yang disertai Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBGIM) turut menyerahkan tuntutan kepada Samad meminta Ambiga memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya menganjurkan perhimpunan yang menyusahkan rakyat selain mencetuskan huru-hara.

BP: Nampaknya Ambiga perlu belajar apa itu demonstrasi aman!

Sumber Berita: Berita Harian Online | 600 serbu rumah Ambiga

No comments:

Post a Comment

Segala Komen Amat Di Alu-Alukan. BP tidak akan bertanggungjawan segala komen yang menyinggung mana-mana pihak. Komenlah dengan berkhemah.

Blogbuster Campaign - by Nuffnang