Friday, May 25, 2012

Update Bersih 4.0: Ambiga Sudi Memohon Maaf?

Salam Blogger,

Menurut mynewshub.my, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di depan rumah beliau, mynewshub.my memetik; “Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini hari ini

Sumber Berita: Mynewshub.my

BP: 'Forgive all who have offended you, not for them, but for yourself' ~Harriet Nelson (American singer and actress 1909-1994)'

Blogbuster Campaign - by Nuffnang